Busana Aina Abdul Sekali Lagi Raih Pujian Peminat… Ada Pula Yang Komen: “Sekali Tengok Macam Kuih Kapit”

Penyanyi Aina Abdul meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas menggyakan busana menarik ketika beraksi sebagai juri di sebuah rancangan nyanyian televisyen.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aina tampil mengenakan busana dengan berkonsepkan ‘half balloon silhouette’ berwarna ‘pink cream’.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons netizen yang rata-ratanya memuji penampilan baharu Aina yang elegan.

Malah, ramai yang berseloroh menyamakan pakaian penyanyi tersebut seperti kuih kapit dan ais krim cornetto.

“Comel aina in kuih kapit style. Aku terbayang ais krim cone cornetto. Outfit Aina paling cantik malam ni.

“Sekali tengok macam kuih kapit, dua kali tengok macam waffle. Dua-dua sedap. Corak and warna dia lawa. Simple tapi nampak rare,” tulis netizen.

Nurul Hana