Pernah Dicurangi, Daiyan Trisha Trauma Nak Bercinta Lagi

Pelakon dan penyanyi jelita, Daiyan Trisha mengakui trauma untuk bercinta selepas dicurangi dalam hubungan cintanya sebelum ini.

Menerusi sebuah video, Daiyan membuat satu trend TikTok menggunakan filter ‘you should be in theraphy’.

Wajah aktres drama rantaian Semanis Senyumanmu ini seakan terkejut apabila filter tersebut berkata Daiyan perlu berjumpa ahli terapi kerana berada dalam hubungan percintaan yang trauma.

“When you get cheated on, the trauma is REAL,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkata wanita cantik seperti Daiyan juga boleh dicurangi.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut meraih sebanyak 7,000 tontonan, 1,000 tanda suka dan lebih 10 komen.

Aqilah Paharuzi