[VIDEO] Masuk Air! Gelagat Ajai Bersama Kak Lina Pom Pom Raih Perhatian Netizen, Siap Berduet & Bergelek!

Sebut sahaja nama selebriti Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom, pasti ramai yang sudah mengenali dirinya yang penuh dengan gelagat yang tidak dapat dijangka.

Kali ini, gelagat Kak Lina mengajak komposer Ajai untuk melakukan aksi ‘masuk air’ tular di media sosial.

Menari gelek gaya Kak Lina, perkara tersebut telah dikongsikan oleh peminat menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam hantaran tersebut, Ajai atau nama sebenar Mohd Faizal Maas berduet bersama Kak Lina Pom Pom dengan menyanyikan lagu Aku Cinta Aku Rindu.

Apa yang lebih menghiburkan orang ramai, Ajai sempat meniru ‘trademark’ gelek Kak Lina Pom Pom sebanyak tiga kali.

@abc_jagung 𝗄𝖾𝗇𝖺-𝗄𝖾𝗇𝖺 😄 𝗆𝖺𝗌𝗒𝗎𝗄 𝖺𝗂𝗋 𝗌𝖾𝗆𝗎𝖺 💢#bigstage #bigstage2023 #bigstage5 #minggu9 #kaklina #kaklinapompom #ajai #dominasibbnu #rinanose #datoacmizal #ainaabdul #xyzbca #fyp ♬ original sound – _cason

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat Ajai, malah ada yang mengatakan Ajai sudah lama memendam aksi tersebut.

“Ajai ni bukan masuk air tapi dah tenggelam terus. Ajai dah lama simpan tu.

“Member dah lama teringin buat nahhh skali buat berdekah. Ni dah muzikal lawak ni,” komen netizen.

Nurul Hana