“Happy Dapat Buat Keluarga & Kawan Non-Muslim Fikir Tudung Bukan Paksaan” – Maryam Durian Kimchi

Personaliti media sosial popular, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi meluahkan rasa syukur apabila keluarga, rakan-rakan muslim dan non-muslim mengubah persepsi bahawa tudung adalah satu paksaan.

Isteri kepada pempengaruh sensasi Ryzal Ibrahim ini berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Isnin.

Meskipun baru sahaja mencecah enam bulan memakai hijab, Maryam bagaimanapun rasa bahagia dalam mengekalkan istiqamah.

“Maryam nak cerita ni semua, pada mulanya family dan kawan-kawan Maryam muslim and non muslim ramai ingat tudung ni adalah satu paksaan (forcing) dan tak boleh bebas berpakaian dah.

“Tapi Maryam pun baru saja pakai tudung enam bulan sejak Januari. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan Maryam even non muslim pon slowly nampak dan rasa Hijab ni bukan paksaan dan bukannya tak boleh bebas dalam berpakaian.

“Bermacam jenis cara kita boleh memakainya.. slowly kita cuba dan Alhamdulilah Maryam happy dapat make them and others followers rasa Hijab ni bukan paksaan. Maryam sayang semua!,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja mendengar kisah Maryam dan berharap agar selebriti berasal dari Korea Selatan ini akan terus memakai hijab dan menjaga auratnya dengan sempurna.

Sebelum ini, Maryam mendedahkan dirinya keguguran anak kedua pada Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”

Aqilah Paharuzi