Ingin Dikelilingi Awan… Berada Di Mercu Menara Eiffel, Aina Abdul Mahu Menyanyi Dalam Hutan Ketika AJL37

Penyanyi Aina Abdul ingin tampil membuat persembahan di atas kapal terbang dan dikelilingi awan ketika menyampaikan lagu Terus Hidup di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37).

Bukan itu sahaja, Aina juga berhasrat untuk berada di mercu Menara Eiffel demi memberikan kelainan di acara berprestij itu.

Lebih kreatif lagi, penyanyi itu turut berangan-angan untuk membuat persembahan di dalam hutan supaya nampak lebih extreme.

Aina menyatakan angan-angannya itu secara spontan ketika menjawab soalan untuk segmen Berangan Itu Percuma yang dikongsikan di Instagram TV3 Malaysia.

Finalis AJL 37 ditanyakan mengenai apa yang ingin dilakukan sekiranya semua perkara di dalam dunia ini adalah percuma dan pelbagai jawapan melucukan yang diberi oleh mereka!

Semak video spontan mereka di bawah:

Jangan lupa saksikan AJL 37 pada 12 Februari ini, Ahad jam 9 malam di TV3 dan strim secara live HD hanya di Tonton.

Sebanyak 12 finalis AJL 37 yang akan berentap iaitu Ernie Zakri (Korban), Marsha (Kembali Terang), Aina Abdul (Terus Hidup), Iman Troye (Nang), Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia), Joe Flizzow dan Sona One (Satu Malam Di Temasek), Aliff Satar (Anugerah Terindah), Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi (Debu), Noki dan MK (Payung Pelangi, Khai Bahar (Sengsara), Shiha Zikir (Irama) dan Naim Daniel (Mainan).

Fatin Nurain