“Ini Berkenaan Akidah & Iman, Tiada Apa Yang Lagi Besar Dari Itu” – Alif Satar Mohon Kaka Azraff Tak Bimbang Isu Kontrak Ditamatkan

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Alif Satar secara terbuka berkongsi pendapatnya mengenai isu yang menimpa penyanyi Kaka Azraff  berhubung kontraknya bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Menurut Alif, dia memahami nasib penyanyi itu sekaligus menganggap kelantangan Kaka merupakan pendirian dan ketegasannya dalam menyuarakan isu Palestin.

Justeru, dia berharap agar pelantun lagu Gila itu tidak gementar dengan penamatan kontraknya.

“Kalau kontrak Kaka ditamatkan sekalipun, ini tentang pendirian, akidah dan iman. Tak ada yang lagi besar dari itu.

“Dan, apa yang boleh saya katakan pendirian saya juga adalah sama seperti rakan-rakan artis yang lain mengenai sokongan yang diberikan terhadap isu di negara bergolak itu.

“Jadi, Insyaa-Allah pasti ada yang lebih baik,” katanya.

 

Alif berkongsi mengenai perkara itu seusai Majlis Tayangan Perdana Filem Perjanjian Anak Syaitan 2 yang diadakan di GSC Midvalley,  Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lanjut, Alif berkata, seseorang artis perlu mematuhi kontrak mereka walaupun berlainan pendapat, namun perkara itu sama sekali tidak akan mengubah pendirian setiap individu terhadap kebebasan bersuara mengenai isu Palestin.

“Dari sudut profesional, saya sendiri merasakan kita perlu ikut kontrak. Walaupun begitu label tahu pendirian saya.

“Mereka tak boleh ubah bagaimana saya berfikir mengenai sesuatu perkara. Dan, saya rasa semua rakan artis juga sudah melakukan bahagian mereka (menyatakan sokongan terhadap Palestin),” jelasnya.

Terdahulu, Kaka Azraff mencuri perhatian selepas namanya dipetik sebuah portal ‘Jew Hate Database’ dan dilabel sebagai pro-Palestin selepas bertindak menghantar mesej langsung (DM) kepada pelakon Australia, Nathaniel Buzolic.

Malah, akibat kelantangannya itu, pihak Warner Music terpaska menamatkan kontraknya bersama Kaka disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dihantar tular.

ARTIKEL BERKAITAN:Kontrak Ditamatkan? Ini Kenyataan Rasmi Warner Music Berkenaan Isu Kaka Azraff

ARTIKEL BERKAITAN: Profile Kaka Azraff Tersebar Di IG ‘J*w Hater’ Gara-Gara Pertahankan Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak Kaka Azraff Di Warner Music Akan Dibatalkan?

ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff Mohon Beri Ruang, Bakal Jelaskan Isu Kontrak Ditamatkan

Salma Syahbuddin