Wajah Disamakan Dengan Alif Teega, Adam Lee Terus Buang Jambang – “Jangan Samakan Aku Dengan Dia Lagi”

Aktor popular, Adam Lee menjadi tumpuan warganet apabila memuat naik sebuah perkongsian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adam memuat naik beberapa foto yang memaparkan dirinya dengan imej terbaharu.

Tampil kacak dengan persalinan serba hitam, suami kepada pelakon Sweet Qismina itu nampak segar dengan imej terbaharu apabila membuang jambang pada wajahnya.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah kapsyen Adam di perkongsian tersebut yang berharap agar semua tidak menyamakan dengan individu lain.

“Jambang dah buang. Dah, jangan samakan aku dengan dia lagi,” tulis Adam rinkas.

Di akhir kapsyen tersebut, Adam turut meletakkan tanda pagar #iniALBukanAT.

Manakan tidak, ada warganet yang menyamakan wajah Adam yang berjambang sebelum ini seperti pempengaruh sensasi, Alif Teega.

“Kembar Alif Teega,” tulis seorang netizen.

“Ingat Alif Teega, Jangan woo,” komen netizen lain.

“Brewoknya, Alif Teega kah,” tulis warganet.

Untuk rekod, Adam dan Sweet sah bergelar suami isteri pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

ARTIKEL BERKAITAN: #SkoolXTRA Gaduh Dengan Rakan & Pernah Ponteng Puasa Sebab… Ini Momen Adam Lee Ketika Di Sekolah Dulu!

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Empat Bulan Nikah, Adam Lee & Sweet Qismina Terbuka Jika Timang Bayi Tahun Ini – “Tak Sabar Nak Panggil Mommy & Daddy”

Khairil Khusyairi