Dilabel Mentua Idaman, Patimah Ismail Tak Putus Titip Doa Buat Puteri Sarah – “Semoga Kebahagiaan Milikmu”

Isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail kelihatan tidak putus mendoakan menantu kesayangannya yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menerusi hantaran ringkas di Instagram, Patimah kelihatan memuat naik video pendek memaparkan foto Puteri Sarah dan cucu-cucunya beserta doa agar menantunya itu menemui kebahagiaan kelak.

“Semoga kebahagiaan milikmu,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan menganggap Patimah sebagai mentua idaman kerana tindakannya yang sentiasa menyokong dan menyayangi menantunya itu.

Bahkan, Patimah juga kelihatan tidak putus-putus mendoakan agar aktres itu terus bahagia meskipun sudah 6 bulan disahkan bercerai dengan anak lelakinya yang juga pengarah, Syamsul Yusof.

“Sayangnya mak mentua pada menantu. Semoga dikurniakan dengan kesihatan yang baik.

“Mentua idaman menantu sejagat. Terima kasih Datin.

“Keikhlasan Datin menyayangi menantu betul-betul sampai ke hati saya. Insya-Allah saya pun nak jadi mentua sebaik Datin.

“Datin ibu mentua yang terbaik. Semoga Allah membalas segala kebaikan Datin.

“Semoga kasih sayang ini kekal hingga ke syurga,” komen netizen.

Terdahulu, Patimah turut berpesan agar menantunya itu berdoa agar dikurniakan jodoh yang terbaik buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Menantu Tunai Umrah Seorang Diri, Patimah Ismail Titip Pesan Buat Puteri Sarah – “Berdoalah Untuk Jodoh Yang Terbaik”

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Puteri Sarah Bahagia, Patimah Ismail Titip Doa – “Mama Reda Pemergian Mu”

ARTIKEL BERKAITAN:’Like’ Video Irenee Deanna, Netizen Dakwa Patimah Ismail Beri Hint Dah ‘Restu’ Hubungan Syamsul Dengan Si Wanita Rambut Kerinting?

Salma Syahbuddin