Bapa Mentua Aliff Syukri Meninggal Dunia

Bapa mentua kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan meninggal dunia di Kedah jam 4 pagi tadi, hari ini.

Berita duka tersebut dimaklumkan oleh Aliff sendiri yang turut memaklumkan jenazah akan disembahyangkan di Sungai Layar, Kedah.

“Perginya ayah mentua kesayangan saya.

“Pagi ini saya dan isteri saya dikejutkan jam 4 pagi berita pemergian bapa mentua kesayangan saya di Sungai Layar, Kedah.

“Kami sekeluarga akan ke Kedah. Doakan arwah ayah mentua saya Mohd Rashid bin Abbas ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

“Insya-Allah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Layar, Sungai Petani, Kedah pada hari ini.

“Kepada anda yang mengenali beliau saya mohon untuk kita bersama-sama sembahyang jenazah pada hari ini berhampiran masjid di Sg Layar,” katanya.

Berita duka itu turut disampaikan isterinya, Datin Seri Shahidah di media sosial.

“Ayah saya meninggal ketika sedang solat dan kopiah masih di kepala.

“Mudah sangat Allah jemput dia.. tak ada sakit pun,” tulis Shahida di Instagram Stories.

Khairil Khusyairi