‘Ini Bukan Kali Pertama Mereka Tak Tegur Saya – Izzue Islam

Kemelut antara penyanyi Izzue Islam yang mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen semakin hangat diperkatakan.

Memetik luahan Izzue kepada BH Online, Izzue memaklumkan pengundurannya adalah demi kebaikan semua.

“ Tiada seorang pun anggota Forteen menghubunginya saya selepas saya memutuskan untuk berundur.

“ Insiden sebegini sudah beberapa kali berlaku di mana saya dipulaukan teman Forteen yang lain. Kejadian pertama pada 2014 tapi tidaklah sampai saya ambil keputusan berundur. Namun, kali ini saya sudah fikir masak-masak.

Tambah Izzue, dia faham sebagai artis dalam sesebuah kumpulan, perselisihan pendapat adalah normal.

“ Cuma jika tiada lagi persefahaman hingga tidak bercakap, lebih baik saya berundur. Kalau tak (buat) sekarang, esok lusa kalau jadi (dipulaukan) lagi, saya tetap keluar,” katanya.

Izzue Islam menyertai kumpulan Forteen pada 2011 bersama dengan One, Ariz dan Amer.

Mereka pernah bernaung bawah KRU Music serta popular dengan lagu seperti Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh.

Petang ini, kumpulan Forteen akan mengadakan sidang media khas pada jam 2.30 petang nanti. Semoga ada penyelesaian baik di antara kalian ya! 

SGMS Faida