Ini Dia Peserta Realiti TV Tak Sedar Diri

Menurut satu muat naik dilaman Facebook jurusolek ini, beliau kelihatannya sangat tercabar dengan tindakan seorang bekas peserta rancangan realiti TV yang sebelum ini pun pernah mengundang kontroversi apabila menuduh pihak produksi kononnya tidak berlaku adil kepada peserta.

Jurusolek ini memberitahu bahawa, tindakan wanita ini yang sengaja melambat-lambatkan proses mekap sepanjang perkahwinannya sehingga merugikan masa beliau dianggap sebagai sangat tidak bertanggungjawab. Malah, jurusolek ini juga memberitahu wanita ini menipu beliau dengan memberi pelbagai alasan.

Namun, apa yang lebih mengejutkan jurusolek ini, wanita tersebut hanya membayar separuh sahaja daripada bayaran yang sepatutnya sepertimana yang telah dipersetujui. Dengan alasan, jurusolek tersebut tidak membawa bersama makeup remover.

 

Wah!  Apapun, sebagai seorang yang bertamadun, tidak manislah kita membiarkan orang lain tertunggu-tunggu apatah lagi orang tersebut cuba memberikan yang terbaik lebih-lebih lagi dimajlis yang cukup bermakna. 

Ms OO