Awi Rafael dan Atikah Suhaime Bertunang

Rasanya tak pernah kita dengar kisah percintaan pasangan ini kan? Sudah tentu berita pertunangan mengejutkan banyak pihak. Apapun tahniah buat pasangan selebriti kelahiran Singapura ini, happy kami melihatnya! 

Penyanyi popular dengan lagu Bila Aku Jatuh Cinta selamat mengikat tali pertunangan dengan pelakon Atikah Suhaime, hari ini.

Menerusi laman Instagram Atikah, pelakon filem Pencuri Hati Mr. Cinderella ini berkongsi video laman sosial Instagram.

Dalam entri terbabit, ibu Awi dilihat menyarungkan cincin ke jari manis pelakon wanita berkenaan yang anggun dalam persalinan biru.

“Ya… Saya terima lamaran ini dan dengan itu secara rasminya saya bergelar tunang Awi Rafael,” tulis pelakon wanita itu.

Artis jelita berusia 27 tahun itu menulis bahawa dirinya percaya Tuhan akan mempermudahkan segala perancangan, tanpa menjelaskan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Pada majlis terbabit, Awi kelihatan segak dengan mengenakan sut hitam ketika bergambar bersama Atikah. Pendek kata, sama cantik sama padan tau.

Tahniah sekali lagi daripada kami di Xtra! 

SGMS Faida