5 Petua Hilangkan Sakit Kepala

Migraine dikatakan sakt kepala yang tidak serius tetapi boleh berlaku pada bila bila masa dan menyerang tidak kira usia.Antara sebab sakit kepala terjadi kerana diri stress, demam, depress, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tetapi sakit ini perlu di ubati dengan mengelak untuk berulang lagi. Apa kata cuba petua ini yang dikongsikan oleh Dr Ezairy M.Sallih di laman facebooknya, 

1.Tutup mata dan berehatlah.

Ini adalah rawatan sakit kepala yang berkesan untuk sakit kepala seperti migrain, dan dapat membantu meredakan sakit kepala. Duduklah di dalam bilik yang tenang dan gelap dengan mata anda ditutup dan cubalah berehat seketika. Jika perlu, tidur sebentar.

2.Urut leher dan kepala anda.

Menggosok dan mengurut-urut bahagian leher dan kepala anda dapat memperbaiki aliran darah dan menenangkan sakit kepala. Ini sangat membantu untuk sesiapa sahaja. Dapatkan bantuan daripada rakan dan ahli keluarga,

3.Hangat atau sejukkan leher anda

Cuba letakkan pad suam atau kain hangat di leher anda untuk mengurangkan sakit kepala akibat ketegangan otot dan sebagainya. Jika itu tidak membantu, anda boleh menggunakan pek ais jika ia membantu anda melegakan sakit kepala.

4.Bersantai dan rileks

Luangkan masa untuk diri anda, bernafas dalam-dalam, dan cuba untuk membayangkan imej yang damai dan tenang. Pelbagai ’relaxation techniques’ boleh membantu pesakit yang mengalami masalah sakit kepala.

5.Kurangkan stres dan tekanan.

Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang teruk, cuba elakkan dari tekanan. Jauhkan diri dari persekitaran yang bising, pulang bekerja lebih awal sekiranya anda boleh, atau minta rakan atau ahli keluarga membantu mana yang boleh.

SGMS Enal