Ini Hadiah Istimewa Syatilla Melvin Untuk Suami, Buat Netizen Terharu

Betullah kalau rezeki itu milik Allah. Selepas diuji dengan keguguran beberapa bulan lalu akibat mengalami pendarahan teruk, Syatilla Melvin kini sekali lagi diberi rezeki berganda apabila disahkan hamil 2 bulan. Tahniah!

Berita gembira itu turut dikongsi pada hari penuh makna iaitu ketika sambutan hari jadi suaminya, Shaheizy Sam beberapa hari lepas. Caption dan gambar sambutan hari jadi itu turut dikongsi bersama peminatnya menerusi akaun instagram miliknya.

 

Syatilla bagaimanapun langsung tidak menyangka rezeki yang Allah beri ini akan datang dengan begitu cepat selepas kegugurannya pada bulan Julai lepas.
” Kandungan saya sudah memasuki dua bulan. Alhamdulillah ini adalah rezeki Allah. Ye la, sebelum ini kan saya pernah keguguran. Memang saya dan Sam tak jangka pun akan secepat ini lekat. Tapi sudah rezeki kami berdua.” Katanya

Sumber : Instagram @syatillamelvin

Dan rata-rata peminat pasangan ini turut meninggalkan ucapan tahniah diruangan komen instagram beliau.
Wah! Bertuahnya badan kan? Mana taknya, lepasni Mat Yip dapat adik baru. Dan, yang paling kelakar apabila Syatilla sempat menulis hashtag #sumpahtakkomplotdengankakipaq mencuit hati netizen.
Apapun, Tahniah sekali lagi diucapkan dari kami di xtra.com.my!
Salma Syahbuddin