Ini Hadiah Mark Adam Buat Ibu Tercinta

Penantian 23 Tahun Mark Adam Berakhir!

“Mak, nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah, -1996”. Perkongsian kata-kata yang diucapkan oleh Mark Adam buat ibunya 23 tahun dahulu tercapai apabila Mark Adam berjaya membelikan sebuah rumah buat ibunya di Filipina baru-baru ini.

Dalam perkongsian rakaman video di laman Instagram miliknya,  Mark Adam kelihatan menutup mata ibunya dengan kain dan menunggang motor bersama ibunya menuju ke rumah banglo tersebut.

Setelah sampai di rumah tersebut, reaksi ibunya terharu apabila melihat banglo tersebut dan mencium dahi Mark Adam atas usahanya.

Sumber : Instagram @markadam1079

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian netizen dan rakan artis yang memuji tindakan  beliau yang membelikan sebuah banglo bagi membalas jasa ibunya.

Terdahulu, Mark Adam pulang ke Cebu bersama isteri dengan menghadiahkan televisyen 62 inci buat wanita itu.

Ditulis oleh: Dina Azmi

Salma Syahbuddin