Ini Rupanya Cara Aaron Aziz Bangkitkan Feel Raya!

Kalau tak jem tak rayalah namanya! Itu pendapat segelintir orang yang tak kisah berdepan dengan trafik perlahan ketika musim perayaan.

Ada juga yang memilih untuk menaiki pesawat, lebih selesa dan cepat katanya. Terpulanglah… asalkan tiba ke destinasi dituju. Betul tak?

Bagi pelakon Datuk Aaron Aziz, dia lebih selesa memilih untuk memandu kereta untuk pulang ke kampung halamannya di Singapura. 

Katanya, feel Raya itu akan wujud ketika dalam perjalanan.

“ Mudah nak bergerak ke sini sana lagipun kami tiada kenderaan di Singapura. Lebih mudah untuk bawa kereta ke sana.

“ Boleh saja menaiki pesawat tapi memandu lebih best, sekurang-kurangnya dapat dijadikan memori buat anak-anak,” katanya.

Aaron memberitahu mereka sekeluarga mengambil kesempatan bercuti selama seminggu di Singapura untuk menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.

Dalam perkembangan lain, sekembalinya Aaron dari Singapura, dia bakal memasuki set penggambaran filem JB Pailang arahan Raja Mukhriz.

Jangan lupa, pelbagai drama terdahulu lakonan Aaron Aziz boleh ditonton secara ulang-tayang di www.tonton.com.my sepanjang Raya ini!

SGMS Faida