“Ini Sangat Biadab!” – Ibu Neelofa ‘Sound’ Individu Tak Bertanggungjawab, Guna Foto & Tuduh Anak Berjudi Untuk Berniaga

Ibu kepada usahawan selebriti popular, Noor Neelofa iaitu, Datin Noor Kartini Noor Mohamed berang selepas foto anaknya beserta tuduhan berjudi membabitkan Ameera Khan seperti yang tular baru-baru ini digunakan untuk tujuan perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN:”Placed My Bets” – Ada Pihak Sensasikan Kehadiran Ameera Khan Di Acara Lumba Kuda?

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Noor Kartini berkongsi satu tangkap layar di Facebook yang menggunakan foto anak perempuannya, Neelofa dan Ameera Khan beserta kapsyen yang berbunyi,  ‘Family tak tegur ke? Ameera pula kantoi berjudi… netizen nampak dia masuk….’ bersama pautan perniagaan yang dijalankan individu terbabit.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sangat biadab, Noor Kartini tampil menegur individu berkenaan dek kerana sanggup mengeluarkan kata fitnah terhadap anak-anaknya.

“Ini sangat BIADAB… nak berniaga biarlah rezeki yang halal, bukan sanggup fitnah macam ni,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata pengikut Noor Kartini meniggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan,

Malah, ada yang bersetuju sekiranya pengasas Aunty Tini Kitchen itu menyaman individu berkenaan dengan tujuan sebagai pengajaran buat mereka kelak.

“Saman je page biadap ni.

“Melampau sangat! Saman je aunty.

“Saman je aunty biar mereka terciduk.

“Saman je aunty, ignore marketing sampah macam ni,” komen netizen.

Salma Syahbuddin