Diserbu Netizen Ketika ‘Live’, Memey Suhaiza Tetap Teruskan Perniagaan – “Macam Tak Sesuai Tapi…”

Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza memohon untuk mendoakan urusan semua pihak agar dipermudahkan.

Menerusi perkongsiannya di siaran langsung TikTok, ibu tiri kepada Marissa Dania Hakim ini memberitahu terpaksa meneruskan perniagaannya meskipun keluarga ditimpa masalah.

“Macam (masa) tak sesuai, tapi, memandangkan Mommy (Memey) ada perniagaan dan ada promosi yang sedang berlangsung, jadi, semuanya harus diteruskan.

“Jadi, kita doakan yang terbaik untuk semua orang agar dipermudahkan,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bertanyakan tentang keadaan Marissa yang juga anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi.

“Marissa okay ke?

“Korang masuk live ni mesti nak tahu berita. Eleh,” komen netizen di dalam siaran langsung yang ditonton lebih 20,000 penonton.

Terdahulu, nama Marissa hangat diperkatakan selepas didakwa sebagai ‘penyondol’ dan punca keretakan rumah tangga bekas pasangan suami isteri, Misya dan Aslam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mengaku, Tapi Tak Semua Cerita Benar,” – Anak Abby Abadi Tampil Respons Isu Sondol Suami Orang… Perjelas Status Hubungan Terkini Dengan Aslam

Maya Basir