“Inilah Erti Kawan Sejati…” – Ryan Bakery Buka Kedai, Rakan Baik Nangis Buat Netizen Sebak!

Tiktokers Ryan Bakery nampaknya semakin meraih populariti apabila kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil sehingga diberikan peluang untuk berkerjasama bersama pelawak dan usahawan selebriti, Shuib.

Ryan Bakery atau nama sebenarnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27,  baru-baru ini dilihat berkesempatan merasmikan cawangan BubbleBee di Seri Iskandar, Perak yang turut dihadiri oleh rakan baiknya, Wanchai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Instagram Shuib, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak mereka melihat sahabat baik Ryan iaitu Wanchai yang mengalirkan air mata melihat kejayaan rakannya itu ketika sesi perasmian cawangan BubbleBee berlangsung.

 

Perkongsian itu sekaligus menerima pelbagai respons bukan sahaja dalam kalangan warganet tetapi juga rakan selebriti lain seperti Fizo Omar dan Khai.

Malah, mereka juga turut berasa terharu dengan keakraban yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasangan sahabat ini.

 

Sebak tengok part last, hustle demi keluarga…

Terdahulu, Ryan Bakery berjaya mencuri perhatian warganet selepas video-video yang dihasilkannya mendapat tempat dihati penonton gara-gara konten yang dihasilkannya begitu ‘relate’ dengan kehidupan sewaktu kecil mahupun ketika berada di alam persekolahan.

 

Salma Syahbuddin