Intan Liana Kini Bergelar Pelakon?

Alhamdulillah, murah rezeki Intan Liana Saleh sekarang! Berdasarkan gambar yang dimuatnaik di laman Instagram, nampaknya Intan dah bergelar pelakon.

Happy betul kami lihat perubahan pada diri Intan selepas apa yang menimpanya. Ternyata rezeki tak pernah salah alamat kan, syukur! 

Difahamkan, Intan kini sedang menjalani penggambaran filem pendek ‘Akur’ terbitan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Hebat wak! 

Nampaknya ini permulaan baik untuk karier Intan. Sebelum ini, Intan turut dipilih sebagai model tudung keluaran jutawan muda itu. 

Nama Intan Liana mula meledak selepas kes penceraiannya bersama pemuzik bebas, Ude Wahid yang kini merupakan suami kepada pelakon Izreen Azminda.

Apapun kami doakan Intan sentiasa dimurahkan rezeki ya. Cayalah Intan! 

SGMS Faida