Isi Slot Sakura TV3, Fadlan Hazim & Riena Diana Bergabung Dalam Chinta Arjuna

Drama bersiri 20 episod, Chinta Arjuna telah menemui penonton di kaca televisyen bermula 13 Disember 2022.

Diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, drama ini diarahkan oleh Suhaimi Lua dan skrip nukilan daripada Zyza Backy.

Drama ini menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Fadlan Hazim, Riena Diana, Syarafi Sudarmaji, Azizah Mahzan, Shweta Sekhon, Nadia Brian dan ramai lagi.

Cerita ini mengisahkan Arjuna (Fadlan Hazim) yang tiada masa untuk bercinta kerana fokus akan perniagaan arwah ayahnya. Arjuna dikatakan tidak mempunyai perasaan terhadap wanita menyebabkan neneknya (Azizah Mahzan) risau dan telah mencarikan calon isteri.

Oleh sebab itu, Chienta (Riena Diana) telah dijodohkan bersama Arjuna bagi meghentikan gosip liar tersebut. Perkahwinan mereka adalah atas dasar kontrak sahaja dan Chienta terpaksa bersetuju demi membiayai kos rawatan ayahnya yang sedang sakit.

Selepas berkahwin, Chienta mendapati Arjuna telah mula terjatuh hati dengannya menyebabkan dirinya kurang senang dengan keadaan tersebut. Chienta melakukan provokasi terhadap Arjuna agar dapat melarikan diri dari perkahwinan kontraknya tanpa dikenakan sebarang penalti daripada nendanya.

Untuk info, drama ini disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6.00 petang dan boleh ditonton langsung secara strim di www.tonton.com.my

Halimey Zamal