[VIDEO] Rakam Janna Nick, Dini Schatzmann Di Genting Highland, Netizen Terus Persoal Status Hubungan?

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon dan penyanyi, Janna Nick sering menjadi bualan hangat apabila hubungan cinta bersama pelakon Dini Schatzmann didakwa telah berakhir.

Namun begitu, pasangan pelakon tersebut dilihat berada di pusat peranginan Genting Highlands, Pahang menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di TikTok.

Menerusi video berdurasi lebih 10 saat itu, Janna dilihat sedang melakukan ‘review’ manakala Dini sedang merakamnya.

Individu yang merakam pasangan tersebut turut tertanya-tanya dengan status hubungan mereka, namun mendoakan hubungan mereka terus berkekalan.

“Diorang putus bebetul ke tak? Ke sebab marketing je ni? Hope you guys kekal,” tulis individu itu.

Gara-gara rakaman tersebut, pelbagai reaksi dan andaian yang ditinggalkan warganet di ruangan komen video tersebut.

Malah, ada segelintir warganet memuji Janna dan Dini kerana bersikap profesional walaupun hubungan dikatakan sudah berakhir namun masih boleh berkawan dan menjadi rakan kongsi.

Walaubagaimanapun, ada yang menganggap perpisahan Janna dan Dini itu sekadar gimik bagi mempromosikan lagu terbarunya, Mentari Setia.

Dalam perkembangan lain, Janna akan muncul mengacarakan Famili Duo bersama Sean Lee.

Famili Duo bakal menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Penyanyi Mas Idayu dan komposer Ajai pula bakal menggalas tugas juri tetap untuk program terbabit.

Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim kedua yang bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3.

Atiqah Johari