Categories: HiburanSelebriti

Isteri Flex Boleh Peluk Imran Aqil Lepas Nikah, Peminat Komen: “Ambillah Bumi Ni”

Isteri pelakon Imran Aqil, Dahlia Rizal, tampil berkongsi momen manisnya bersama suaminya itu selepas usai majlis pernikahan mereka, baru-baru ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pempengaruh itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Dahlia telah memeluk Imran demi mengikuti trend yang sering dilakukan oleh pasangan yang baru berkahwin.

“Hi husband,” tulisnya ringkas.

@indomie.dHi husband

♬ оригинальный звук – ashon🍃

Teruja melihat kemesraan pasangan itu, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pelbagai respons yang berbaur usikan di ruangan komen.

Terdahulu, Imran dan Dahlia telah mendirikan rumah tangga dengan mas kahwin RM300, pada Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

Fatin Nurain