Categories: HiburanSelebriti

Isteri Hamil Anak Ketiga, Alif Satar Impi Anak Lelaki

Pengacara popular Alif Satar bersyukur selepas menerima berita isterinya kini hamil anak ketiga.

Kata Alif, dia dan isteri mengimpikan untuk mendapat anak lelaki selepas memiliki dua anak perempuan Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

“ Memandangkan saya sudah ada dua anak perempuan, saya dan isteri mengimpikan anak lelaki pula. Tetapi ia semua atas ketetapan Allah. Saya dan isteri hanya berharap, jika ada rezeki…Alhamdulillah.

“ Yang penting isteri dan anak yang bakal lahir itu sempurna dan sihat. Doakan agar segalanya dipermudahkan,” katanya memberitahu kandungan isterinya kini berusia tujuh bulan.

Tambah pengacara Anugerah Juara Lagu 33 ini, dua anak perempuanya juga memasang impian sama untuk memiliki adik lelaki.

“ Bila pegang perut mak mereka, mesti cakap baby brother. Nampak gaya mereka pun ikut teruja menanti kehadiran si kecil ini,”katanya.

Alif juga mengaku perlu berusaha lebih keras lagi memandangkan tanggungjawabnya semakin besar.- Harian Metro. 

SGMS Faida