Isu Aina Abdul Terima Dana Dipertikai, Altimet Tampil Beri Kenyataan! -“Tak Boleh Nak Kata Artis Popular Mohon Dana Itu ‘Mengemis'”

“Tidak bolehlah nak kata artis yang memohon dana DKD itu mengemis, sebab kalau mereka (artis) yang memohon itu dikategorikan sebagai mengemis, jadi apa pula statusnya dengan peladang, nelayan yang turut memohon dana?”.

Demikian respons Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Altimet terhadap isu golongan artis yang memohon Dana Kandungan Digital (DKD) yang disediakan kerajaan.

Memetik laporan Harian Metro, Altimet memaklumkan, tidak ada istilah mengemis untuk penggiat seni kerana semua orang berhak memohon dana atau bantuan.

Bagaimanapun, masyarakat kena tahu adakah pemberian dana itu dapat membawa pulangan atau tidak dari segi kewangan mahupun impaknya kepada industri.

“Tidak bolehlah nak kata artis yang memohon dana DKD itu mengemis. Dalam hal ini, sebenarnya tiada unsur mengemis pun sebab kalau mereka (artis) yang memohon itu dikategorikan sebagai mengemis, jadi apa pula statusnya dengan peladang, nelayan yang turut memohon dana?

“Cuma, mungkin ada orang (netizen) kurang senang kerana artis yang memohon itu popular. Tapi, mereka kena lihat juga apa yang artis itu persembahkan, maksudnya adakah pemberian dana itu dapat membawa pulangan atau tidak dari segi kewangan mahupun impak kepada industri,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Altimet menjelaskan isu layak atau tidak layak menerima DKD adalah bergantung kepada faktor kuantitatif, kualititatif dan kos secara keseluruhan.

“Contohnya konsert artis itu solo, dia mungkin tidak berseorangan. Jadi, kena fikir juga pasukan yang membantu menguruskan penyanyi itu menjayakan konsert berkenaan. Semuanya kena difikirkan. Lain orang lain kosnya, jadi terpulang pada artis yang ingin memohon dana berkenaan.

“Dana DKD ini datang daripada kerajaan, jadi  secara tak  langsung memang hak kita sebagai rakyat Malaysia boleh memohon setiap dana yang disediakan kerajaan  untuk kelompok tertentu yang layak memohon,”jelasnya.

Terdahulu, isu permohonan dana DKD ini mula menjadi perhatian selepas ada pihak yang mempertikaikan pemilihan penyanyi popular Aina Abdul sebagai penerima dana berkenaan untuk menganjurkan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung pada November depan.

Selain Aina, Liza Hanim juga antara artis penerima DKD yang turut terkesan dengan tuduhan melampau segelintir netizen.

“Artis yang dah naik level Anugerah Juara Lagu (AJL), minta lagi dana dari kerajaan untuk buat konsert sendiri. Nama puk*mak tu korang kenal ah. Last-last dana kerajaan ni jadi modal baju besar alam dia je. B*ngsat.

“Moreover, konsert sendiri kali ketiga! Kali ketiga tau. B*ngsat! Semoga cepatlah nama kau down thru the drain. Kalau nama macam ni yang dapat top 10 penerima dana kerajaan, yang kecik kecik ni lupakan je lah niat korang,” komen individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Artis Popular Mohon DKD Dipertikai, Ini Respons Liza Hanim – “Saya Tidak Menerima Dana Ini Dengan Mudah…”

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Luah Rasa Kurang Senang Apabila Aina Abdul Terima Dana Untuk Konsert – “Sudahnya Dana Kerajaan Ni Jadi Modal Baju”

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin