Isu Bahagi Bayar Komitmen Antara Pasangan, Diana Danielle Sifatkan Kehidupan Isteri Akan Dipermudah Sekiranya Bantu Suami – “Jangan Keras Hati”

Pelakon jelita, Diana Danielle memberi respons berhubung isu hangat mengenai pembahagian bayaran komitmen antara suami isteri.

Menerusi platform X, isteri kepada aktor Farid Kamil ini menyifatkan kehidupan seorang isteri akan dipermudahkan sepanjang membantu suami dalam menguruskan perihal komitmen bersama.

“Simple je sebenarnya, nak bantu, bantu. Tak nak, sudah.

“Apa saja kita buat, timbangan pahala dapat juga pada kita.

“Apa pasangan kita buat, itu timbangan dia.

“Jangan sebab kita baca kisah orang lain, kita jadi keras hati.

“Sedangkan sebenarnya hidup kita dipermudahkan selema kita bantu suami dalam cara yang kita tak nampak,” tulisnya.

Aktres filem popular Imaginur ini berkongi pendapat peribadinya itu ketika membalas luahan individu membayar separuh-separuh komitmen bersama suami.

Di akhir perkongsian individu tersebut meluahkan rasa kesal apabila suaminya curang terhadapnya meskipun dia bantu membayar komitmen bersama.

“Saya antara yang bayar separuh-separuh. Okay saja faham suami pun gaji cukup-cukup makan.

“Aku support sikit since aku ada rezeki lebih, rela untuk membantu.

“Tapi sekarang dapat tahu suami curang. Kepada wanita, never settle for less. Biar je dia susah,” luah individu itu.

Artikel Berkaitan: Berat Badan Naik 15kg… Nafi Hamil, Ini Respons Diana Danielle – “2 Orang Anak Dah Cukup, Stop Fat-Shaming”

Artikel Berkaitan: Peminat Teruja Lihat Farid Kamil & Diana Danielle Pertama Kali Berlakon Bersama, Netizen Komen: “Ni Lah Bagus, Tak Payah Risau Terpegang, Tersentuh Bagai”

Artikel Berkaitan: Muhammad Tumbuk Muka Rakan Gara-Gara Dimaki Hamun, Diana Danielle Sokong Perbuatan Anak – “Bukan Nak ‘Backup’, Biar Merasa Ada Adab”

Aqilah Paharuzi