Dikaitkan Dengan Aiman Hakim, Zahirah Macwilson Hanya Menjatuhkan Taraf Hidup Saya – Fathia Latiff

Pelakon sensasi, Fathia Latiff menyifatkan bahawa taraf hidupnya akan jatuh sekiranya dikaitkan dengan pasangan selebriti, Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson.

Aktres drama popular Ariana Rose ini berkata demikian menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Dalam hantaran itu juga, Fathia berkata pelakon, Zarina Anjoulie bukan kawan baiknya.

“Zahirah Macwilson dan AIman Hakim tiada kena mengena dengan kehidupan saya, dikaitkan dengan mereka seperti merendahkan taraf kehidupan saya.

“Dan Zarina Anjouli bukan kawan baik saya,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Fathia membimbangkan ramai pihak apabila dia mengugut akan keluar agama Islam sekaligus memberi amaran kepada netizen yang tidak henti mengecamnya.

Bagaimanapun, Fathia menjelaskan dia masih beragama Islam dan menjalani kehidupan harian sebagai seorang muslimin.

Terdahulu, nama Fathia kembali hangat menjadi sebutan ramai selepas dia secara terbuka mengkritik wajah Zahirah seperti bibik.

Keadaan menjadi lebih panas apabila Fathia mendakwa bekas kekasihnya, Aiman masih menyayanginya serta meminta aktor itu untuk memohon maaf.

Malah, dalam masa yang sama Fathia turut berperang mulut dengan Zarina, sehingga mendakwa aktres berkenaan seorang penagih.

Artikel Berkaitan: Dituduh Kafir Fitnah Berat, Fathia Latiff Bertegas Masih Beragama Islam – “Kecaman Netizen Tak Bagi Kesan”

Artikel Berkaitan: “Jangan Sampai Aku Keluar Agama” – Fathia Latiff Beri Amaran Kepada Netizen

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Dalam Masjid, Kapsyen Fathia Latiff Curi Perhatian Netizen – “Saya Rasa Ini Ramadan Terakhir Saya”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ajak Orang Buat Maksiat Sebelum Kahwin Pun Berdosa, Macam Suami Awak” – Fathia Latiff Sindir Zahirah Macwilson?

Artikel Berkaitan: “Will Stop After You…” – Fathia Latiff Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka Daripada Aiman Hakim

Aqilah Paharuzi