Tunai Permintaan Ramai, Suami Fatin Afeefa Belanja 300 Bekas Nasi Pakistan Lamb Shank Batu Pahat Terkenal – “Murah Rezeki, Banyak Pahala”

Suami pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang kini dilihat aktif memberikan juadah berbuka puasa kepada orang ramai.

Terkini, menerusi perkongsian di Instagram Aliff atau mesra disapa Opai itu menyediakan juadah Nasi Pakistan Lamb Shank Batu Pahat yang terkenal di bazar Ramadan kompleks PKNS, Shah Alam sebanyak 300 bekas untuk diagihkan secara percuma.

Opai berkata dia cuba untuk memenuhi permintaan orang ramai yang teringin untuk menikmati Nasi Pakistan Lamb Shank terkenal itu.

“Rehat 4 hari tak masak. Penat sebenarnya.

“Ambil alternative lain, roger @nasi_pakistan_no_1_bp_ settlekan, kawtim harga 50% discount.

“Abang Azrul sanggup rugi, saya sanggup beli. Janji ramai dapat rasa.

“Banyak dah korban ni. Nak kena jual kasut kasut yang tak pakai untuk next project,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa kagum terhadap kesungguhan Opai yang bersedekah kepada orang ramai.

Ada juga mengucapkan terima kasih kepada Opai kerena memberikan ramai pihak merasa untuk makan terkenal itu.

Tidak kurang juga, netizen turut mendoakan agar Opai terus dikurniakan rezeki melimpah ruah atas ihsanNya yang tidak berkira meskipun kepada orang luar.

Sebelum ini, Opai mendedahkan dia tidak lagi terlibat dalam aktiviti pelaburan Forex selain menganggap perkara tersebut satu aktiviti b*doh.

Artikel Berkaitan: Anggap Perkara B*doh, Suami Fatin Afeefa Dah Setahun Tinggalkan Dunia Forex? – “Elok Je Boleh Hidup”

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Sindir ‘Geng Tolak Stroller’ Ke Bazar Ramadan – “Biarlah Anak Kecil Tu Bersesak, Berpeluh, Terdedah Dengan Virus, Asap…”

Aqilah Paharuzi