Isu Dakwaan Aliff Aziz Berkhalwat, Aisyah Aziz Minta Netizen Henti Sebar Aib

Penyanyi, Aisyah Aziz tampil bersuara isu abangnya, selebriti Aliff Aziz yang ditangkap khalwat bersama aktres jelita, Ruhainies.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aisyah mengakui keluarganya menerima tempias dan tamparan hebat berhubung kontroversi berkenaan.

Namun begitu, Aisyah menyelar tindakan segelintir pihak yang menyebarkan isu tersebut tanpa sebarang kesahihan daripada pihak Aliff dan Ruhainies.

“Kami sekeluarga menerima tamparan hebat, bagaimanapun saya tidak boleh menilai anda semua mengenai perkara itu.

“Mungkin anda tidak tahu mengenai perkara itu. Mungkin bercakap dan menyebarkan membuatkan anda berasa lebih baik,” tulisnya di Instagram Story.

Dalam pada itu, Aisyah berharap ramai pihak untuk menahan diri daripada menyebarkan berita palsu mengenai kes khalwat membabitkan abangnya itu.

“Tapi saya berharap anda semua boleh menahan godaan daripada menyebarkan maklumat tidak benar atau aib kerana kita mungkin akan diuji dengannya.

“Kita semua ada kekurangannya. Allah telah menutupi aib kita dari seluruh dunia, (jadi) janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib
orang lain,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat dalam kediaman milik aktres ini.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan sementara di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Artikel Berkaitan: Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

Artikel Berkaitan: Spekulasi Terjawab… Aliff Aziz ‘Kantoi’ Berkhalwat, Bella Astillah Mohon Ruang

Artikel Berkaitan: Ditangkap Khalwat, Aliff Aziz Buka Mulut – “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah…”

Artikel Berkaitan: Belum Beri Sebarang Kenyataan, Ruhainies Tegaskan Situasi Dengan Aliff Aziz Bukan ‘Tangkap Basah’

Artikel Berkaitan: Ruhainies Hanya Kawan Aliff Aziz, Belum Sedia Beri Kenyataan Rasmi – “30 Minit, Bukan 3 Jam”

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Tidak Lagi Terlibat Dalam Drama Gandingan Aliff Aziz & Ruhainies, Syukur Penerbit Memahami – “Terima Kasih…”

Artikel Berkaitan: “Sekiranya Kami Dapati Ada Kelakuan Maksiat, Kami Akan Serbu” – Menteri Agama Tegaskan Tangkapan Khalwat JAWI Bukan Gimik

Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Tegur Tindakan Ruhainies Bawa Balik Suami Kawan Baik Pulang Ke Rumah Sebagai Bentuk Pengkhianatan Paling Zalim

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

Aqilah Paharuzi