Isu Halau Keluarga, Syada Amzah Selesai Pindah Rumah… Hubungan Dengan Shila Masih Dalam Mod ‘Silent’- “Ini Perkara Biasa Yang Berlaku Dalam Family Yang Pecah-Belah”

Susulan melalui beberapa siri kontroversi membabitkan keluarganya, penyanyi Syada Amzah kelihatan lebih tenang menjalani kehidupannya kini.

Malah, Syada atau nama penuhnya, Nursuhada Amir Amzah, 26, mengaku, apa yang berlaku sebelum ini adalah perkara normal dalam sebuah keluarga yang pecah-belah.

“Sejujurnya sekarang lebih tenang, lebih fokus kepada semua benda seperti hal rumah, kena settlekan kucing-kucing yang ada, sibuk buat lagu, buat content, banyaklah. Jadi benda-benda tu jadi distraction juga buat saya dan saya tak ada masa untuk bersedih atau fikir tentang masalah itu.

“Ini adalah benda normal dalam a broken family. Saya rasa ini adalah perkara normal untuk orang lalui benda-benda macam ni,”katanya.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini juga turut berkongsi perkembangan terkini mengenai kediaman baru mereka termasuklah keadaan ibunya, Fauziah Sarman.

“Alhamdulillah, berjalan dengan lancar, kami masih busy pemindahan semuanya. Pemindahan sekolah anak saudara, kita banyak pergi office dan sebagainya, buat kontent dan terus aktif dalam media sosial juga.

“Ibu pun baik sahaja cuma, saya nak kena jaga dia dan risau kalau emosinya terganggu. Jadi saya perlu berikan dia sokongan,”jelasnya.

Sementara itu, Syada juga memaklumkan, hubungannya bersama Shila masih seperti biasa.

“Keadaan tak panas tak sejuk, kami sebenarnya memang jarang berhubung kecuali atas urusan penting dan kami memang tak ada group WhatsApp family. 

“Tapi ibu ada mesej kakak mereka ada berbincang dan berhubung mengenai benda-benda tertentu.

“Dan saya yakin suatu hari nanti kami akan berjumpa. Kalau jumpa pun tak akan ada adegan tarik rambut,”ujarnya.

Terdahulu, isu keluarga ini mula menjadi perhatian selepas Shila Amzah didakwa menghalau keluarganya keluar dari rumah banglo milik mereka yang dihuni oleh ibu dan adik-beradiknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Tuduh Kakak Sengaja Putuskan Bekalan Elektrik, Ini Respons Shila Amzah – “Saya Bukan Owner TNB”

ARTIKEL BERKAITAN:Adik Didakwa Pinjam Duit Kawan Untuk Bayar Sewa Rumah, Ini Respons Shila Amzah & Syahir – “Kami Memang Tak Ambil Tahu”

ARTIKEL BERKAITAN:”Kali Ini Saya Tak Uruskan” – Enggan Masuk Campur Hal Adik-Beradik Pindah Rumah, Shila Amzah Pilih Berdiam Diri & Lepas Tangan

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin