Isu ‘Jahil’ Jaga Aurat, Masya Masyitah ‘Sound’ Netizen – “Cermin Diri Sendiri Sebelum Bercakap Buruk”

Penyanyi Masya Masyitah tampil menegaskan dia tidak mahu memeningkan kepala dengan kritikan dan kecaman yang diberikan netizen.

Menurutnya, dia bukanlah muslimah yang sempurna, namun masih tahu apa yang dilakukan terutama soal pendirian dan juga imannya.

“Saya sebenarnya malas nak ambil tahu tentang pandangan khalayak tapi saya tahu di luar sana masih ada yang berniat baik dan ada juga yang suka tengok orang jatuh. 

“Saya bukan muslimah yang sempurna dan masih banyak kekuranag diri. Nak kutuk atau kritik, terpulang. 

“Nasihat saya, lebih baik cermin diri dahulu sebelum cakap buruk tentang orang lain,” katanya.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Simpanan ini menjelaskan, walaupun masih ‘jahil’ mengenai isu aurat, namun dia masih mengenal agamanya dan mengikut ajaran Islam dengan sebaik mungkin.

“Orang cakap saya pakai tudung tak ikhlas, itu masalah mereka. Saya masih kenal agama saya dan yakin ramai wanita di luar sana sama seperti saya.

“Lagipun, saya masih belajar untuk mengikut suruhan dan ajaran Islam sebaik mungkin,” jelasnya.

Sebelum ini, Masya Masyitah mencuri perhatian selepas tampil dengan fesyen sub-budaya Harajuku yang popular di Jepun apabila memakai baju sekolah yang digayakan bersama stoking panjang sehingga menampakkan kulitnya.

 

Bahkan, menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, Masya sekali lagi mengundang respons negatif dalam kalangan pengikutnya apabila bermain badminton dengan memakai ‘Hoodie’ sehingga memperlihatkan bahagian lehernya.

“Makin pelik cara pemakaiannya.

“Sebelum famous elok bertutup, lepas dah famous??

“Leher dengan lengan aurat sis.

“Baik tak payah pakai tudung tu, kalau leher terdedah juga,” komen netizen.

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin