Categories: FiguraHiburanTrending

Tenang Kendali Situasi Kanak-Kanak Hilang Ketika Beri Ceramah, Ustaz Wadi Annuar Curi Tumpuan

Penceramah terkenal Ustaz Wadi Annuar sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya mengendalikan situasi kanak-kanak hilang ketika beri ceramah.

Menerusi video yang tular di TikTok, Ustaz Wadi telah dikhabarkan oleh seseorang bahawa ada kanak-kanak yang hilang dari pengawasan ibu bapanya sewaktu sesi ceramah dijalankan di sebuah masjid.

Tetap tenang mengendalikan situasi tersebut, penceramah itu terus membuat pengumuman kepada jemaah yang hadir.

“Ini bukan jejak kasih, ini hilang. Siapa ni? Adik nama apa? Ni anak siapa? Tolong tengok sikit. Baju biru, curly hair. Orang Kelantan ke ni? Kesian adik ni. Siapa mak dia? Boleh jumpa di bilik Imam.

“Iklan ramai sangat. Ayah pun khusyuk dengar ceramah sedar-sedar anak tak dak. Tolong tengok anak tu,” katanya.

Kagum dengan cara penceramah itu menenangkan situasi, seluruh jemaah masjid tersebut terhibur dengan gelagat Ustaz Wadi yang kekal santai dan tenang.

@kirah_alyahya Semasa rehlah dakwah UWA di Kelantan 😅 #ustazwadiannuar #rehlahdakwah #kelantan ♬ Funny Song – Cavendish Music

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Malah, ada juga yang suka melihat kelembutan Ustaz Wadi melayani kanak-kanak yang bersamanya.

Fatin Nurain