Isu Khalwat Babitkan Menantu, Pesanan Ibu Bella Astillah Undang Sebak – “Jika Lelaki Itu Menyakitimu, Pulanglah Ke Pangkuan Keluargamu…”

Isu curang membabitkan menantunya, Aliff Aziz bukanlah sesuatu yang baru dalam industri hiburan.

Malah, setiap kali kontroversi sama timbul, anaknya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah adalah individu yang sering menjadi mangsa keadaan.

Justeru,  tidak mahu anaknya itu terus disakiti dan bersedih, ibu kepada Bella iaitu Zarina Astillah kelihatan berkongsi sepotong video pendek menunjukkan momen anaknya itu bertemu keluarganya beserta kapsyen mengundang sebak.

“Pesan Ibu, jika lelaki itu menyakitimu pulanglah ke pangkuan keluargamu. Mereka akan selalu ada untukmu,” tulis pada kapsyen video berkenaan.

Perkongsian itu dimuat naik oleh Ibu Bella menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Ahad.

 

Terdahulu, laporan media mengesahkan bahawa Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada awal pagi Sabtu.

Malah, kelibat Bella dan adiknya Didie Astillah di perkarangan  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekitar jam 2.40 pagi pada hari sama tangkapan dibuat adalah disebabkan kes khalwat suaminya.

Bagaimanapun, sehingga kini Bella masih mengunci rapat mulutnya dan enggan memberikan apa-apa respons berhubung isu panas tersebut.

Salma Syahbuddin