Izreen Azminda Tetap Teruskan Saman Fitnah Terhadap Intan Saleh Namun Ude Wahid Tarik Semula Kes

Pempengaruh Intan Saleh memaklumkan bahawa dia telah hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk proses mediasi hari ini.

Menerusi perkongsian Intan, dia juga diberitahu oleh peguam yang mewakili dirinya bahawa plantif pertama iaitu pelakon Izreen Azminda masih meneruskan saman.

Manakala bekas suaminya, Ude Wahid yang merupakan plantif kedua pula menarik semula kes yang telah difailkan.

“Assalam… Intan telah hadir pagi ini untuk proses mediasi. Semoga ada jalan mudah untuk selesaikan perkara ini.

“Alhamdulillah pagi ini juga saya dimaklumkan oleh peguam saya @mahmudjumaat bahawa plaintif kedua iaitu Ude telah menarik kes… namun plaintif pertama masih meneruskan kes saman.

“Doakan segalanya dipermudahkan untuk Intan teruskan,” jelasnya di Instagram.

Terdahulu, Izreen dan Ude memfailkan saman fitnah terhadap Intan dengan mendakwa dirinya menjaja cerita selain mewujudkan provokasi menerusi hantaran di Instagram.

Artikel Berkaitan: Balas Saman Fitnah Izreen Azminda, Ramai Sokong Intan Saleh… Bantu Buka Tabung Sumbangan Bayar Khidmat Peguam

Artikel Berkaitan: Dah Hilang Sabar, Izreen Azminda Dedah Bukti Intan Saleh Tak Henti ‘Provoke’ – “Tak Habis-Habis Halusinasi Aku Kacau Kau”

Artikel Berkaitan: Tiada Kemampuan Bayar Peguam, Intan Saleh Penat Disaman Gara-Gara Posting Luah Perasaan Di IG – “Mereka Yang Tak Henti Ugut & Hina…”

Artikel Berkaitan: “Nak Jaga Mental Tapi Dibuli, Dihina” – Dedah Diugut Sebar Aib, Intan Saleh Anggap ‘Pihak Sana’ Seronok Jaja Cerita

Artikel Berkaitan:“Rasa Hormat Kat Laki Kau Mana?” – Simpan Banyak Bukti, Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Tak ‘Move On’?

Atiqah Johari