Isu Mulut Anak Ditekup Dianggap Perkara Remeh, Netizen Dakwa Shakilla Khoriri ‘Attention Seeker’?

Pelakon Shakilla Khoriri dilabel meroyan dan cemburu oleh netizen selepas tampil memberikan ulasan berkenaan isu mulut anaknya, Ameera Sofia ditekup oleh anak perempuan isteri baharu bekas suaminya, Fizi Ali.

Sebelum ini, Shakilla meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan anak tiri bekas suaminya itu dan berpesan kepada Fizi agar menjaga anak perempuannya dengan baik.

Namun, selepas mengulas isu berkenaan Shakilla menyatakan dia tidak kisah Fizi berkahwin lain sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang Senang Mulut Anak Ditekup ‘Kakak’ Dalam Foto, Shakilla Khoriri Dakwa Bekas Fizi Ali Tak Terus Terang – “Jangan Sakiti Anak Saya!”

Susulan respons yang diberikan oleh pelakon itu, sesetengah netizen menyifatkan Shakilla seorang yang ‘attention seeker’ dan masih tidak boleh terima hakikat bekas suaminya sudah berkahwin baru.

Malah, ada yang mendakwa pelakon itu sengaja menjadikan isu mulut anaknya ditekup itu untuk meraih perhatian ramai.

Berdasarkan pemerhatian di ruangan komen XTRA, segelintir netizen menganggap isu itu hanyalah perkara kecil dan besar kemungkinan mereka hanya bergurau.

Meskipun pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepada pelakon itu, ada juga sesetengah warganet yang tampil membela bahkan memahami perasaan Shakilla sebagai seorang ibu.

 

Terdahulu, Fizi mengumumkan dirinya sudah menamatkan zaman dudanya bersama Siti Zulaiikha di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Isnin lalu.

Fizi dan Shakilla pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia.

ARTIKEL BERKAITAN: “#OffDuda” – Dengan Sekali Lafaz, Fizi Ali Sah Bergelar Suami Siti Zulaiikha

Fatin Nurain