Ezzrin Loy & Sharifah Rose Hanya Kawan Rapat – “Ia Membabitkan Soal Peribadi Orang Lain”

Pelakon Ezzrin Loy mengakui dia dan Sharifah Rose hanya berkawan rapat kerana sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Menurut Ezzrin, dia sudah mengenali Rose sejak zaman belajar dan berkawan rapat sejak berlakon dalam drama bersiri TV3, Ku Punya Hati.

Enggan mendedahkan sejauh mana keakraban hubungan mereka, Ezzrin yang merupakan adik kepada pelakon Elfira Loy itu memilih untuk menghormati perasaan Rose dan keluarganya.

“Saya tak boleh cakap lebih kerana ia membabitkan soal peribadi orang lain. Lagipun, kalau nak keluarkan apa-apa kenyataan saya kenalah dapatkan keizinan Rose dan ibu bapanya terlebih dahulu.

“Sebenarnya apa sahaja hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, itu adalah situasi terkini saya. Saya akan muat naik semua foto mereka yang rapat dan istimewa dalam hidup saya.

“Sama macam orang lain juga, setiap foto dimuat naik tentunya ada nilai sentimental tersendiri,” katanya.

Terdahulu, Ezzrin dan Rose kerap kelihatan bersama malah mereka juga pernah pergi ‘camping’ bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose Sakat Ezzrin Loy Sambil Buat TikTok, Peminat Berseloroh – “Yang Ni Approve! Muka Nak Dekat Sama”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kongsi Video Camping, Netizen ‘Restu’ Hubungan Sharifah Rose & Ezzrin Loy – “Faham Lah Maksud Matching Hoodie Tu”

Memetik laporan BH Online, Ezzrin mengakui dirinya akan memilih untuk berkawan dengan sesiapa yang mampu membuat dia berasa selesa dek kerana sikapnya yang introvert.

“Hubungan kami sebagai rakan. Kami pernah jadi rakan sekerja, jalan-jalan dan ‘camping’. Tapi, bukan pergi berdua, selalunya akan disertai rakan lain. Ini kerana kami ada kumpulan rakan yang sama.

“Cuma, saya selalu ingat pesan mak. Kalau nak berkawan biarlah betul-betul dan kalau rasa tak nak, cakap tak boleh nak berkawan lagi,” katanya.

Sebelum ini, Rose juga pernah memberikan kenyataan bahawa mereka berdua hanya berkawan rapat sahaja selepas tular sebuah video mereka di eskelator.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose, Ezzrin Loy Hanya Berkawan Rapat – “Kami Mungkin Dalam Fasa Berkenalan Lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Hantar Video Sharifah Rose & Ezzrin Loy Di Pusat Membeli Belah… Netizen Dakwa Sedang Bercinta, Siap Pegang Tangan?

Sumber: BH Online

Fatin Nurain