Isu Peminat Rebut Gelaran Penyanyi Nombor Satu, M Nasir Beri Respons – “Peminat Yang Tentukan Layak Atau Tidak”

Komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M Nasir berkata setiap anak seni akan melalui fasa kegemilangan sehingga bergelar popular dan sohor.

Menurut laporan Utusan Malaysia, M Nasir berkata peminat menjadi titik tolak untuk seseorang anak seni itu mencapai populariti itu.

“Bagi kamu, itu satu beritakah? Pada saya, bukan.

“Industri seni ini ada piramidnya. Kalau ada lima tingkat, maksudnya penyanyi nombor satu negara akan berada paling atas. Setiap orang ada zaman kemuncaknya dan satu hari nanti mungkin diambil alih.

“Tetapi ada yang masih dan kekal sebagai penyanyi sohor negara. Peminat yang menentukan sama ada dia layak atau tidak berada di kedudukan tersebut. Ada sensasi, ada cerita dan ada kejatuhannya.

“Saya sendiri tidak tahu hendak komen bagaimana. Sama ada penyanyi, pelakon atau pengacara, semua ada kemuncak karier mereka,” ujarnya.

Mengulas mengenai keenganan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil takhta penyanyi nombor satu, ini respons pelantun lagu hits Suatu Masa.

“Ini bukan soal mahu atau tidak, bila kita melangkah ke dalam industri seni, kita sudah dimiliki peminat ibaratnya.

“Jadi, hendak atau tidak, itu peminat yang beri,” ujarnya.

Terdahulu, hangat dibualkan di media sosial apabila beberapa kelab peminat berbalah berebut gelaran penyanyi nombor satu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Salah Buat Konsert Jika Tak Ada Album” – M Nasir

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel Penyanyi Berkumpulan Nombor Satu Negara… Ini Respons Dolla

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Aina Abdul Rebut Takhta Penyanyi Nombor Satu? Ini Nasihat Misha Omar – “Puja Jangan Sampai Berbalah”

Sumber: Utusan Malaysia

Khairil Khusyairi