Categories: HiburanTrending

Tak Sempat ‘Honeymoon’ Di Luar Negara, Aldi Taher Nikmati ‘Malam Pertama’ Di Set Penggambaran? – “Mungkin Disitu Terhasil Anak Pertama Kami”

Pelakon dan penyanyi Indonesia, Aldi Taher mendedahkan dia dan isterinya, Salsabilih menikmati malam pertama mereka di set penggambaran sahaja.

Ia susulan kekangan masa untuk berbulan madu di luar negara gara-gara jadual kerja yang padat.

“Ketika itu saya tidak tahu bagaimana untuk merasa malam pertama, tiba-tiba di tempat penggambaran ada satu bilik,” ujarnya.

Memetik laporan mStar, Aldi meminta supaya kru mengosongkan bilik tersebut.

Menurut Aldi, dia menyifatkan peluang itu sebagai satu momen terindah dan bermakna buat dirinya walaupun agak janggal.

“Saya minta orang yang ada di sana untuk keluar sebentar kerana mahu bersama isteri.

“Mungkin di situlah terhasilnya anak pertama kami,” katanya.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Alusha Sheyza Bryna Taher pada 2022.

Untuk rekod, Aldi sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Dewi Perssik pada 2008 dan bercerai setahun selepas itu.

Sumber : mStar

Syamir Shafie