Isu Perbezaan Warna Kulit Jadi Diskriminasi, Liyana Jasmay Kekal Positif

Pelakon Liyana Jasmay tampil mengulas tentang diskriminasi perbezaan warna kulit yang sudah menjadi norma dalam kalangan masyarakat, sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Liyana yang telah diejek oleh seorang individu yang menyatakan dirinya kini kelihatan sangat hitam seperti orang kampung di TikTok.

Menyedari perkara itu, pelakon itu turut memberikan respons dengan baik sekali gus meraih perhatian peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Didakwa ‘High’ & Kulit Wajah Dikritik Macam ‘Orang Kampung’, Ini Respons Padu Liyana Jasmay

Menurut Liyana, isu ‘body-shaming’ dan perbezaan warna kulit ini adalah perkara biasa yang sering berlaku di seluruh dunia.

Namun, dia tetap positif berhadapan dengan komen tersebut biarpun tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular dan meraih perhatian ramai.

“Benda tu bukan jadi kat Malaysia je. It’s just a nature of human, seluruh dunia bukan kita je artis Amerika pun kena. Tapi macam mana kita reflect.

“Sebenarnya, saya tak sangka pun benda tu akan jadi extreme sampai 3 juta viewers. Mula-mula saya macam saja je post. Tiba-tiba macam dapat banyak notifications dan dah beribu orang komen.

“Masa saya baca tu saya rasa macam kenapa dia cakap macam tu dan saya rasa kelakar tau. Kadang-kadang mungkin bila sunburn kulit nampak gelap.

“Cuma apa yang saya jawab tu secara jujur je. Its’s okay to be whatever colour and it’s okay for people to judge you yang penting kita tahu diri kita,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Viu Original Alter-Naratif, semalam.

Selain itu, Liyana meluahkan rasa terharunya apabila perkongsiannya itu berjaya membuatkan ramai orang yang mempunyai warna kulit gelap lebih menghargai diri mereka.

“Pada masa yang sama, ramai juga orang berkulit coklat atau gelap gembira je dengan warna kulit mereka. Alhamdulillah, saya buat orang lain gembira tapi benda tu bukan bermaksud saya buat benda tu untuk jadi viral dan tak berniat untuk buat dia jadi sensasi. Saya hanya jawab je.

“Sebenarnya, saya ni takdalah berapa pandai sangat bermain TikTok. Bila tengok seorang TikTokers tu jawab komen orang saya pun cuba sebab nak tahu macam mana dia buat. Bila buat benda tu menjadi,” jelasnya.

Kekal tenang biarpun menerima komen negatif, Liyana yang pernah membintangi filem Histeria itu menganggap jangka masa keberadaannya dalam industri seni yang membuatkan dirinya lebih terbuka.

“Mungkin sebab saya dah lama sangat dalam industri kot. Orang mengata ni bukan sebab kita artis, orang biasa pun kena. Macam anak saudara saya yang masih bersekolah pun kena.

“Benda ni bagi saya lumrah supaya kita hadapi dengan hati yang terbuka. Maksudnya, bukan semua suka kita, ada yang suka, ada yang tak suka tapi kita buka hati kita.

“Asalkan saya tahu diri saya, tahu apa intipati hati saya dan mungkin bukan semua kita boleh bagi tahu di media sosial.

“Saya takkan bagitahu bila saya sedih, problem saya sebab nak encourage my fans to be good dengan something yang bagus. Kita taknak share benda yang sedih atau negatif dan mungkin itu yang mereka nampak.

Fatin Nurain