Isu Sajat Jadi ‘Showgirl’, Michael Ang Bidas Kecaman Netizen – “Bukan Menyokong Tapi Bosan Macam Korang Tak Pernah Buat Dosa”

Nampaknya belum reda lagi isu yang membabitkan usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzaman, mengenai video dirinya berpakaian seksi serta menari menjadi ‘show girl’ di depan khalayak ramai di sebuah kelab malam Sydney, Australia.

Biarpun dihentam teruk oleh netizen, Sajat tampil bersuara dengan menjawab kritikan tersebut dengan menyatakan tindakannya itu sekadar hobi dan mahu hidup bebas.

Terbaharu, isu tersebut turut mendapat perhatian pengarah, Michael Ang yang memberi respons dengan membidas kecaman-kecaman yang dilemparkan netizen terhadap Sajat.

“Seriously, satu Malaysia cakap Sajat jadi showgirl tu haram dan memalukan Malaysia.

”Awak semua, saya rasa untuk sesuap nasi, dia (Sajat) buat kerja tu lagi bagus daripada orang yang scammer, menipu, makan rasuah, makan duit rakyat atau jual produk haprak! Saya rasa ini lagi haram dan memalukan.” luahnya.

Tambah Michael lagi, dia menegaskan tidak menyokong tindakan Sajat malah cukup muak dengan sesetengah netizen yang bertidak melulu mengecam.

“Bukan menyokong tapi bosan dengan netizen Malaysia ni. Macam merekalah orang yang terbaik dalam dunia ini.

“Cuba kau pergi tengok cermin, macam kau orang (netizen) tak pernah buat dosa. Phuiii!!!!,” katanya.

Susulan daripada itu, Michael turut membidas sesetengah netizen yang turut mengecam dirinya berhubung kenyataan yang dimuat naik tersebut.

“Kepada mereka (yang kecam) cakap aku (Michael Ang) tak tahu agama la, baik aku jangan jadi Islam lah, haram tetap haram.

“Saya tak rasa saya cakap apa yang dilakukan oleh Sajat adalah betul. Saya cuma cakap terpulanglah, itu antara dia dan Allah, dia dengan Tuhan dia. Ia hanya melibatkan dia dan Tuhan, tiada kena mengena dengan kita.

“Showgirl itu menari, miming, nyanyi je, bukannya dia telanjang.. tapi kalau awak nak cakap menari atas pentas itu haram, maknanya penari-penari di televisyen itu semua haramlah.

“Bangang, bodoh punya netizen. Pakailah otak sikit sebelum kau nak cakap pasal keimanan orang atau pengetahuan agama seseorang. Phuiii punya manusia, acah-acah alim sedangkan diri itu entah tunggang atau terbalik,” bidas Michael.

Terdahulu, nama Sajat mendapat perhatian ramai apabila memuat naik video dia menjadi showgirl di sebuah hotel di Australia baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikritik Jadi ‘Showgirl’ Di Kelab Malam, Sajat Jawab Dakwaan Kerja Haram – “Di Negara Orang, Kena Buat Kawan…”

Khairil Khusyairi