Isu Shuib Mahu Saman Netizen, Rakan Artis Tampil ‘Backup’

Baru-baru ini, pelawak sensasi Shuib meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang berbaur fitnah ke atas dirinya dan allayarham isteri, Siti Sarah Raisuddin.

ARTIKEL BERKAITAN: John Dihani Tampil Mohon Maaf, Ajak Shuib Bersemuka Isu Fitnah Melampau -“Saya Menyesal Kongsi Posting Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Terkesan, Shuib Buru John Dihani… Heret Ke Mahkamah – “Fitnah Melampau, Nampak Macam Saya B*n*h Isteri Saya”

Terbaharu, Shuib mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bernama John Dihani kerana melemparkan tuduhan yang agak melampau dan kurang ajar

John pernah mengirimkan mesej secara peribadi dan terbuka di Instagram serta mengajaknya berjumpa.

Namun, Shuib memberi penegasan bahawa dia tetap mahu meneruskan saman terhadap individu terbabit yang dikatakan bersikap berlagak.

“Bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi demi maruah saya, keluarga dan arwah Siti Sarah Raisuddin. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti tampil bersuara menyokong tindakan Shuib untuk membawa kes ini ke arah yang lebih serius.

“Semoga dipermudah urusan ib! Pengajaran untuk semua supaya berhati-hati nak menulis,” komen Fizo Omar.

Sementara itu, Fasha Sandha turut meninggalkan pesanan kepada netizen untuk tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah.

“Jabatan netizen negara, jadikan ini sebagai pengajaran. Jangan senang-senang nak fitnah artis atau sesiapapun. Good job brother @shuibsepahtu,” tulis Fasha Sandha.

Nurul Hana