Featured By: Nurul Hana July 5, 2023 @ 7:02pm

Isu Shuib Mahu Saman Netizen, Rakan Artis Tampil ‘Backup’

Baru-baru ini, pelawak sensasi Shuib meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang berbaur fitnah ke atas dirinya dan allayarham isteri, Siti Sarah Raisuddin.

ARTIKEL BERKAITAN: John Dihani Tampil Mohon Maaf, Ajak Shuib Bersemuka Isu Fitnah Melampau -“Saya Menyesal Kongsi Posting Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Terkesan, Shuib Buru John Dihani… Heret Ke Mahkamah – “Fitnah Melampau, Nampak Macam Saya B*n*h Isteri Saya”

Terbaharu, Shuib mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bernama John Dihani kerana melemparkan tuduhan yang agak melampau dan kurang ajar

John pernah mengirimkan mesej secara peribadi dan terbuka di Instagram serta mengajaknya berjumpa.

Namun, Shuib memberi penegasan bahawa dia tetap mahu meneruskan saman terhadap individu terbabit yang dikatakan bersikap berlagak.

“Bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi demi maruah saya, keluarga dan arwah Siti Sarah Raisuddin. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan selebriti tampil bersuara menyokong tindakan Shuib untuk membawa kes ini ke arah yang lebih serius.

“Semoga dipermudah urusan ib! Pengajaran untuk semua supaya berhati-hati nak menulis,” komen Fizo Omar.

Sementara itu, Fasha Sandha turut meninggalkan pesanan kepada netizen untuk tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah.

“Jabatan netizen negara, jadikan ini sebagai pengajaran. Jangan senang-senang nak fitnah artis atau sesiapapun. Good job brother @shuibsepahtu,” tulis Fasha Sandha.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Apr 2023

[VIDEO] Dafi Buat Dance Cover Undang Pelbagai Komen Netizen-“Macam Kwang Soo Menari….”

Penyanyi Dafi berkongsi sebuah video dance cover sebuah lagu remix di di akaun TikTok miliknya. @dafiismailsabri Another dance cover, ye tau lidah dengan muka kemut tu… terima seadanya dulu k…next video kita kawal peng-ULAR- an […]

Trending Thu, 17 Oct 2019

‘Wanita Bukan Saingan Tapi Pelengkap’- Haniza Talha

Penglibatan wanita tidak boleh dilihat sebagai saingan sebaliknya mereka lengkap melengkapi antara golongan lelaki.

Trending Fri, 29 May 2020

Gara-Gara Cuba Mengelak Diperiksa Polis, Dua Beradik Ini Sanggup Berendam Didalam Sungai

Insaf lah wahai adik-adik semua. Tahu Takut tapi masih nak langgar arahan kan?

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Sarah Ilham Shah Nama Diberi, Tahniah Vivy Yusof!

Usahawan berusia 30 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Tahniah Vivy!