It’s A Boy! Anzalna Nasir Bakal Lahirkan Anak Lelaki Jun Ini

“ Akhirnya impian bapa menunggu anak lelaki sejak tahun 1993 akhirnya terlaksana apabila bakal dapat cucu lelaki tidak lama lagi,” demkian umum pelakon Anzalna memberitahu bakal melahirkan bayi lelaki pada Jun ini.

Kata pelakon berusia 31 tahun ini dia bersyukur apabila mendapat tahu bakal melahirkan bayi lelaki.

“ Ini merupakan kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga. Sebelum ini semua perempuan.

“ Jujurnya saya dan suami tidak kisah tentang jantina anak asalkan bayi lahir dalam keadaan sihat walafiat,” katanya.

Anzalna ketika ditemui di pelancaran produk Ommey & Baby Gender Reveal di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pagi ini turut berharap dipermudahkan ketika proses bersalin nanti.

“ Doakan saya serta bayi berada dalam keadaan sihat walafiat, InshaAllah,” katanya.

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir berkahwin dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 selepas 10 tahun bercinta.

Anzalna mengumumkan hamil selepas tiga tahun berkahwin dan berita ini amat menggembirakan keluarga dan peminatnya. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Anzalna!

Oleh: SGMS Fas/ Nabil

SGMS Faida