Hiburan By: SGMS Putri December 29, 2017 @ 3:30pm

“Itu Aurat Dan Dosa Saya,” Noorkhiriah

Pelakon berbakat Noorkhiriah berharap permintaannya agar drama lakonannya sebelum menutup aurat tidak diulang siar tidak disalah erti. Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shafie, 40, sebaliknya berkata, dia membuat permintaan itu kerana dia takut dosa yang perlu ditanggung apabila orang lain melihatnya dalam keaaan tidak menutup aurat. Beliau juga memohon maaf jika permintaannya itu diluar kemampuan dan sekiranya ada yang terasa hati dengan permintaan beliau.

“Itu aurat saya, dosa saya. Saya mungkin tiada hak untuk menyekat tetapi dengarlah suara hati saya,” katanya

“Saya belum sempurna namun saya takut akan murka Allah daripada murka manusia,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Noorkhiriah menerusi Instagram miliknya ada meninggalkan komen meminta stesen televisyen tidak lagi mengulang siar drama lakonannya selain perkara berkaitan ketika dia belum menutup aurat. Bagaimanapun, pelakon drama Bedah Tong Gas ini memadam komen kerana ingin menglakkan salah faham dalam kalangan pengikutnya.

Norkhiriah juga berkata beliau merasa malu melihat penampilan dirinya sebelum ini namun sedar ia adalah satu proses pembelajaran.

“Saya sendiri tengok aurat saya, Masya-Allah kenapalah begitu rupanya tapi bila difikirkan tiada salah tak datang betulnya.”Saya belajar satu perkara jangan buat keputusan ketika dalam keadaan marah dan apabila saya cakap nak berhenti berlakon ia adalah satu kesilapan,  ujarnya. 

 
Sebelum ini juga, Noorkhiriah pernah menyuarakan untuk meninggalkan dunia seni dan mengatakan kenyataannya itu satu kesilapan.Ini kerana, dunia lakonan masih tersemat dalam jiwanya dan apa yang diluahkan sebelum ini datang daripada perasaan kecewa.

Dalam perkembangan lain, Noorkhiriah berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran darama bersiri Sejadah Untuk Dia yang bakal bersiaran di Astro Oasis bermula 1 Januari Ini.

“Alhamdulillah rezeki Allah itu masih ada buat saya dalam industri. Dapat saya melepaskan rindu hendak kembali berlakon. Sejadah Untuk Dia hilangkan kerinduaan kepada sesiapa nak tengok saya dalam drama tu.” ujarnya

Sumber: Mstar Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Jin Lim Shares What It’s Like Running JinnyboyTV as a Father

“Recently, I just released a film about children and that’s what I think, as a father, is having a kid in these days.”

Hiburan Sun, 23 Jun 2019

郑伊健伤病痊愈再度挑战圆环倒吊高难度动作

郑伊健伤病痊愈!云顶演唱会高难度大圆环倒吊环节,让现场粉丝大饱耳福及眼福。

Hiburan Fri, 6 Oct 2023