Itu Bukan ‘Baby Bump’ – Fazura

Sah! Itu bukan ‘baby bump’.

Jadi korang jangan nak panjangkan lagi gosip ni ya sebab tuan empunya diri sudah mengesahkannya.

Ia bukan ‘baby bump’, sebaliknya hanya biasan kain yang saya pakai. Mungkin rekaan dan material yang digunakan menampakkan seolah-olah saya sedang hamil,’ ujar Nur Fazura menepis sangkaan netizen bahawa beliau berbadan dua.

Menurut Fazura, 34, netizen boleh mendapatkan gambaran jelas melalui video yang dimuat naik  di akaun instagram kelab peminatnya @fazbulouswarriors.

Jelasnya, jika hamil dia tidak akan sekali-kali merahsiakannya tetapi akan berkongsi berita baik itu kepada semua peminat yang mendoakannya.

Apa pun, saya bersyukur di atas doa anda semua. Insya-Allah, jika ada khabar gembira, pasti akan saya kongsi pada masa paling sesuai,”  katanya kepada BH Online.

Jika korang ikuti perkembangan pasangan yang digelar #Fattzura ini, ia  dikira kali kedua berita berhubung kehamilannya menjadi bualan ramai.

Sebelum ini Fazura pernah memberi bayangan seolah dia sedang berbadan dua apabila beliau dikatakan mengidam! Ini kerana Fazura ditegur makan dalam kuantiti yang banyak, seperti dipaparkan dalam sebuah rakaman video.

Namun penyanyi ‘Bisa Apa’ ini  menafikan perkara itu sambil menjelaskan, beliau sekadar bergurau apabila menggunakan perkataan ‘mengidam’.

Dan terbaru ini, apabila sekeping foto yang memperlihatkan perubahan pada bahagian perutnya yang nampak macam ‘baby bump’ menjadi tular di media sosiial.

Pasangan romantis ini mendirikan rumah tangga pada 27 November tahun lalu.

SGMS Fas