Categories: HiburanTrending

Izuan Fitri Semakin Baik, Ibu Pula Bimbang Andai Dijemput Illahi Terlebih Dahulu

Ibu kepada pelakon remaja Izuan Fitri, Norainon Abdul Rani memaklumkan perkembangan terkini kesihatan anaknya itu.

Norainon atau lebih mesra disapa Kak Nor itu menarik nafas lega serta bersyukur kerana Izuan prestasi kesihatannya sudah semakin berbaik berbanding sebelumnya.

Menurut laporan mStar, pelakon One Two Jaga itu perlu bergantung pada ubat-ubatan sepanjang hidup.

Sebagai seorang ibu, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihan serta kebimbangan terhadap apa yang menimpa anaknya.

Meskipun dia berlapang dada menerima takdir Allah yang sudah tertulis itu, Kak Nor bagaimanapun berasa bimbang dengan masa hadapan anaknya.

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu yang menjaga Izuan tanpa rasa jemu siang dan malam, dia risau jika apa-apa yang tidak diingini terjadi terhadap dirinya.

ā€œWalaupun kami sekeluarga sedih untuk masa depan Izuan seandainya dia tidak boleh pulih sepenuhnya, manalah tahu saya mati dulu siapa yang nak jagakan dia.

ā€œIzuan pernah tanya kalau saya tiada dia macam mana, saya kata tidak mengapa Allah ada sebab perkara ini bukan satu yang mudah,ā€ luahnya.

Bagi Kak Nor, dia dan ahli keluarga yang lain perlu kuatkan semangat dan tidak menunjukkan kesedihan di hadapan Izuan.

ā€œSebab tengok dia punya ketabahan jadi saya dan keluarga perlu kuat, tiada makna nak sedih-sedih sebab Izuan sendiri boleh terima keadaan dia kenapa kita tak boleh,ā€ katanya.

Terdahulu, pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2015 itu dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan dan tidak sedarkan diri seperti orang tidur namun masih memberikan reaksi jika disentuh.

Keadaan itu disebabkan kuman tibi atau batuk kering yang sudah merebak sehingga menyerang bahagian otaknya.

Dia selamat menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada tahun 2021.

Sumber : mStar

Syamir Shafie