Hiburan By: Syamir Shafie November 23, 2023 @ 7:00pm

Izuan Fitri Semakin Baik, Ibu Pula Bimbang Andai Dijemput Illahi Terlebih Dahulu

Ibu kepada pelakon remaja Izuan Fitri, Norainon Abdul Rani memaklumkan perkembangan terkini kesihatan anaknya itu.

Norainon atau lebih mesra disapa Kak Nor itu menarik nafas lega serta bersyukur kerana Izuan prestasi kesihatannya sudah semakin berbaik berbanding sebelumnya.

Menurut laporan mStar, pelakon One Two Jaga itu perlu bergantung pada ubat-ubatan sepanjang hidup.

Sebagai seorang ibu, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihan serta kebimbangan terhadap apa yang menimpa anaknya.

Meskipun dia berlapang dada menerima takdir Allah yang sudah tertulis itu, Kak Nor bagaimanapun berasa bimbang dengan masa hadapan anaknya.

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu yang menjaga Izuan tanpa rasa jemu siang dan malam, dia risau jika apa-apa yang tidak diingini terjadi terhadap dirinya.

“Walaupun kami sekeluarga sedih untuk masa depan Izuan seandainya dia tidak boleh pulih sepenuhnya, manalah tahu saya mati dulu siapa yang nak jagakan dia.

“Izuan pernah tanya kalau saya tiada dia macam mana, saya kata tidak mengapa Allah ada sebab perkara ini bukan satu yang mudah,” luahnya.

Bagi Kak Nor, dia dan ahli keluarga yang lain perlu kuatkan semangat dan tidak menunjukkan kesedihan di hadapan Izuan.

“Sebab tengok dia punya ketabahan jadi saya dan keluarga perlu kuat, tiada makna nak sedih-sedih sebab Izuan sendiri boleh terima keadaan dia kenapa kita tak boleh,” katanya.

Terdahulu, pemenang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2015 itu dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan dan tidak sedarkan diri seperti orang tidur namun masih memberikan reaksi jika disentuh.

Keadaan itu disebabkan kuman tibi atau batuk kering yang sudah merebak sehingga menyerang bahagian otaknya.

Dia selamat menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada tahun 2021.

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Jul 2023
Trending Thu, 9 Aug 2018

Too Much Exercise Can Lead to Mental Health Problems

But that doesn’t mean you shouldn’t exercise at all.

Featured Tue, 27 Dec 2022

Konsert Ulang Tahun Ke-26 Ungu Buai Emosi Lebih 3,000 Peminat

Wow! Raja Permaisuri Agong pun ada dekat #UnguLiveInKL

Events Tue, 10 Sep 2019

2019年《八度空间嘉年华》圆满落幕!

2019年《八度空间嘉年华》于上个周末在莎阿南Central i-City圆满举行!八度空间旗下一众艺人、本地歌手以及网红落力助阵下,长达2天的活动共吸引1500人到场共襄盛举。

Featured Tue, 26 Oct 2021

Manusia Terkaya Dunia, Jeff Bezos Mahu Bina ‘Business Park’ Di Angkasa

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Amazon, Jeff Bezos yang juga mempunyai syarikat aero angkasanya tersendiri, Blue Origin. Blue Origin yang juga merupakan syarikat pelancongan angkasa baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat ini bercadang untuk membina […]

Trending Thu, 16 Jul 2020