Events By: Atiqah Johari November 3, 2022 @ 6:25pm

[VIDEO] Sambut Birthday Papa Di Hospital, Anak Arwah Faziani Rohban Dakwa ‘Seseorang’ Pernah Halang Bertemu Ayah Kandung Gara-Gara Cemburu!

Baru-baru ini, anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarham Faziani Rohban, Irdina Hakim Jasman memuat naik sebuah video di akaun TikTok yang memaparkan dirinya membuat kejutan untuk bapa kandungnya bersempena ulang tahun kelahiran.

Menerusi video yang berdurasi tiga minit itu, Irdina membuat kejutan kepada bapanya yang berada di hospital dengan menghadiahkan jambangan duit dan kek.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah kapsyen yang ditulis Irdina di mana dia mendakwa ‘seseorang’ melarang mereka adik-beradik untuk berjumpa dengan bapa kandung kerana sifat cemburu.

Lebih parah, arwah ibunya selalu menjadi mangsa ‘seseorang’ itu jika mereka bertemu dengan bapa kandung.

“Dulu kami tak dapat jumpa sangat papa sebab kalau kami jumpa mami jadi mangsa oleh seseorang yang jealous dia akan marah mami.

“Demi sayang mami, tak nak mami tersakiti jadi kami tak jumpa papa kami sebab hormat dengan manusia itu.

“Selepas mami tak ada, kami dikhianati and now kami dah bebas untuk selalu berjumpa, happy birthday our beloved papa,” tulis Irdina di ruangan kapsyen.

@dnarfaziani4 Dulu kami tk dapat jumpa sgt papa,sebab kalau kami jumpa mami jadi mangsa oleh seseorang yg jealous dia akan marah mami ..demi syg mami taknak mami tersakiti jadi kami xjumpa papa kami sebab hormat dgn manusia tu ..selepas mami takde ,kami dikhianati and now KAMI DAH BEBAS untuk selalu berjumpa🥹❤️ Happy Birthday Our Beloved Papa😘 #fypシ #hebatdnars #dnarsselamanya #dnarsserum ♬ Kenangan Terindah – Vicky Shu

Kongsi Irdina, antara mereka adik beradik, dirinya paling dimanjakan oleh bapa kandungnya kerana dia merupakan anak perempuan tunggal.

Tambah Irdina, bapa kandungnya teringat arwah Faziani setiap kali memandangnya kerana dikatakan seiras.

“Dalam tiga beradik, Irdina antara yang paling dimanjakan maybe sebab I perempuan tunggal, extra kasih sayang la sikit.

“Papa sedih kegembiraan setiap kali tengok Irdina… Katanya dia nampak mami dalam Irdina dan suka pegang jari jemari Irdina katanya mengingat kepada jari jemari arwah mami,” kongsinya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet sebak dan bersimpati melihat nasib yang dihadapi mereka sekeluarga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Nov 2019
Featured Wed, 25 Aug 2021

Ustazah “Tersekat” Saat Khusyuk Berdoa Di IG Live, Reaksi Wanita Ini Cuit Perhatian Ramai… Lawaknya!

Penyakit melatah sememangnya tidak boleh dielakkan, kadang kala ia terjadi dalan situasi yang tidak dijangka termasuklah ketika kita berdepan dalam situasi yang serius. Baru-baru ini, reaksi seorang wanita yang muncul di Instagram live pelakon Zahiril […]

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Misteri Dilaila Tayang 2 Versi Babak Akhir Berbeza Di Pawangan Berlainan

Sesuatu kelainan di industri filem Misteri Dilaila Tayang 2 Versi Babak Akhir Berbeza Di Pawangan Berlainan

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Selepas Lee Seung Gi, Suzy Pula Bakal Bergandingan Bersama Nam Joo Hyuk!

Tak sabar nak tengok chemistry diorang nanti!

Hiburan Tue, 4 Apr 2023

Da Unknown Mahu Mencuba Pelbagai Jenis Genre

Baru best kalau boleh menyanyi pelbagai genre

Hiburan Fri, 26 May 2023
Featured Fri, 29 Jun 2018

YB Nurul Izzah Tidak Fikir Soal Kahwin, Lebih Selesa Bercinta Dengan Rakyat

Fokus Nurul Izzah pada ketika ini adalah untuk anak-anak dan rakyat.