Hiburan By: Padin November 5, 2023 @ 10:11am

ST12 Tak Sabar Nak Galau Dengan Peminat Di Malaysia, Beri Peluang Orang Ramai Menangi Pelbagai Hadiah Menarik Di Konsert

Seandainya ditanya apa perasaan mereka ketika ini, pastinya jawapan yang diberikan band popular Indonesia, ST12 adalah teruja dan tidak sabar.

Tarikh 10 November 2023 bagi pemain dram ST12, Pepep atau nama sebenarnya, Ilham Febry dan Indra Gunawan atau Indra (bass) cukup istimewa apabila mereka berpeluang untuk kembali beraksi di Kuala Lumpur.

ST12 Live Concert In Kuala Lumpur di Zepp KL kata Pepep, merupakan manifestasi kerjasama penggiat seni serumpun yang lebih jelas apabila menyatukan pengkarya muzik dua negara menerusi kolaborasi bersama Malam Galau.

Pada konsert itu, ST12 tidak hanya menampilkan Aris Idol dan Firman Siagian pada posisi vokalis, malah turut membawakan penyanyi popular Malaysia, Hazama untuk turut sama-sama beraksi.

ST12 sebelum ini menjalin kerjasama dengan Hazama apabila tampil bersama dalam single Harapan Tak Kunjung Usai yang terlebih dahulu dilancarkan di Indonesia pada 5 September lalu.

Lebih istimewa, konsert itu turut menampilkan persembahan pembukaan daripada barisan artis Malam Galau bermula jam 7.30 malam yang bakal mengalunkan lagu ST12, sekali gus menghangatkan lagi suasana di Zepp KL.

“Konsert ini menjadi platform yang membawa semangat serumpun di antara pengkarya muzik Indonesia dan Malaysia. Seni tiada sempadan, justeru saya yakin kolaborasi ini akan mengukuhkan lagi kerjasama dan menaikkan kualiti industri muzik antara dua negara,” katanya.

Sedang giat melakukan persiapan menjelang konsert yang berbaki kurang dua minggu, Pepep berkata, mereka menjanjikan sebuah persembahan terbaik yang akan diberikan sepenuh hati.

Akui Pepep, ST12 Live Concert In Kuala Lumpur juga menjadi malam penting untuk meraikan karya terbaik yang pernah menjulang nama mereka seperti Putih-Putih Melati, Cinta Tak Harus Memiliki, Cukup Sampai Di Sini selain Kepingan Hati, hasil kolaborasi bersama Firman.

“Apa yang mampu saya katakan, kami akan memberikan yang terbaik untuk semua yang banyak menyokong perjalanan ST12 sepanjang bertapak dalam industri muzik.

“Kami percaya dengan adanya Firman, Aris yang juga juara Indonesian Idol musim kelima dan Hazama akan memberikan lebih warna pada konsert kali ini. Sudah pasti, kolaborasi ini akan memberikan sesuatu yang segar buat peminat ST12.

“Kami juga berharap dapat menyajikan peminat dengan kualiti persembahan yang memberikan kepuasan buat semua, terutama dari sudut pemilihan lagu yang menjadi nadi kekuatan sesebuah konsert,” katanya.

ST12 Live Concert In Kuala Lumpur dibawakan secara eksklusif oleh My Legacy Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Laskhar Entertainment.

Sementara itu, sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan, pembeli tiket berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi pelbagai gimik dan permainan di lokasi konsert, bermula jam 6 petang.

Penonton bertuah bakal membawa pulang pelbagai hadiah ditawarkan EIGER Adventure (EIGER), jenama kelengkapan aktiviti rekreasi dan kembara terulung dari Indonesia yang semakin kukuh melebarkan pengaruhnya di luar negara.

EIGER bakal melancarkan toko keduanya di luar Indonesia menerusi pembukaan rangkaian terbaru di MyTOWN, Jalan Cochcrane, Kuala Lumpur, Disember ini selepas kejayaan toko luar pertama di Interlaken, Switzerland.

Segera dapatkan tiket ST12 Live Concert In Kuala Lumpur menerusi pautan: http://www.ticket2u.com.my/st12 untuk berhibur di samping memenangi pelbagai hadiah istimewa yang ditawarkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Featured Fri, 24 Sep 2021

Asyik Pegang Perut, Betul Ke Neelofa Kini Hamil?

Awwwww… Macam ye je ❤❤❤

Hiburan Mon, 14 May 2018

众人为「大众妈咪」黎明姨庆最后的母亲节

拿督黎明设灵第2天适逢母亲节,黎明姨子女特地与公众一起为这位大马人三代集体回忆的“大众妈咪”庆祝她人生最后一个母亲节,场面温馨又伤感。其子女齐称黎明姨是一位“超级妈妈”,长媳更指黎明姨是世上无可取代的家婆!

Hiburan Sun, 31 Jul 2022
Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Pelajar Cina Cemerlang SPM Bakal Ke Matrikulasi

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menegaskan bahawa penambahan tawaran khas kepada pelajar kaum Cina itu tidak akan menjejaskan pengambilan pelajar Bumiputera ke program matrikulasi Kementerian Pendidikan.

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

Fizz Fairuz Lebih Minat Watak Antagonis?

Dalam Kamar Kamariah, saya membawakan dua karakter yang jauh berbeza. Satu karakter lelaki baik manakala satu lagi watak jahat.

Hiburan Tue, 11 Jul 2023

[VIDEO] – Sharnaaz Ahmad Pujuk Amelia Christie – “Lelaki Ada Dua Pilihan Nak Jadi Alpha Atau…” 

Syempoii Mamuuuu 🤣 Dengan Amelia auto jadi kucing mainecoon ek 🤣

Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Featured Thu, 15 Sep 2022

Uyaina Arshad Nikmati Proses Selepas Bersalin – “I Just Love Lauk Pantang”

Walaupun tengah berpantang, Uyaina tetap berseri!🤩🥰

Hiburan Mon, 26 Mar 2018

Hans Isaac Jawab Isu Dating Dengan Lofa?

Pertemuan itu cuma kebetulan dan bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen.