Hiburan By: Padin July 31, 2022 @ 9:28pm

“Yang Hangat & Terbaik” – Johan & Fizi Ali Sertai Hot FM Bermula 2 Ogos

Bermula 2 Ogos 2022, Selasa, Hot FM akan tampil dengan pembaharuan sekali lagi dengan penjenamaan semula tagline stesen dan kehadiran dua tonggak terbaru Hot FM iaitu Johan dan Fizi Ali yang pastinya akan memberikan satu kelainan pada barisan penyampai dan stesen Hot FM itu sendiri untuk tampil lebih hangat dan terbaik.

Gandingan trio terbaru yang bakal menghangatkan pagi anda menampilkan Johan, Fara Fauzana & AG akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi. Dengan nama segmen yang baru iaitu Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat pastinya akan memberikan sesuatu yang berbeza kepada pendengar terutama pengisian dan kandungan segmen yang lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan, juga mampu memberikan aura positif kepada pendengar.

Duo terbaru yang lebih macho dan mantap, segmen petang tampil dengan pengisian yang lebih fresh dengan cerita-cerita hangat masa kini dan akan menjadi geng drama pendengar untuk bercerita tentang drama-drama yang ditayangkan di TV3. Hot FM Sembang Squad akan dikendalikan oleh gandingan terbaru Fad dan Fizi Ali yang ke udara bermula 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.

Segmen Hot FM Non Stop Empat Lima bersama Ayu yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 3 petang akan memfokuskan kepada 45 minit lagu bebas iklan, music special dan ulangan segmen pagi.

Segmen malam iaitu Hot Flix masih dikendalikan oleh Imran Aqil yang memfokuskan pendengar generasi muda, hiburan, interaksi bersama selebriti dan pendengar yang aktif dalam media sosial, ‘gamers’ serta ‘influencers’. Hot Flix bersama Imran Aqil akan ke udara bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Selain itu juga, Hot FM akan mengadakan jelajah di semenanjung Malaysia bagi mendekati dan meraikan pendengar setia Hot FM yang pastikan akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya persembahan hebat artis tanah air. Info lanjut mengenai jelajah ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Hot FM, Yang Hangat Dan Terbaik

Jika sebelum ini Hot FM tampil dengan tagline Kini Lebih Muzik Yang Hangat, kini Hot FM telah menukar tagline kepada Yang Hangat dan Terbaik. Perubahan tagline ini dibuat adalah kerana elemen identiti jenama ini mampu memberikan gambaran yang menarik dan terbaik dari semasa ke semasa. Komponen daripada tagline ini berupaya memberikan lebih banyak info mengenai pengisian dan kandungan yang dibuat oleh Hot FM.

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, berkata, “pertukaran tagline ini adalah salah satu strategi kami untuk memastikan pendengar akan sentiasa lebih dekat dan ia bersesuaian dengan pengisian yang memfokuskan kepada setiap kandungan, barisan penyampai, muzik serta aktiviti lapangan yang diadakan sentiasa hangat dan terbaik buat pendengar Hot FM yang sentiasa menyokong stesen selama ini.”

Hot FM Zoomerz

Setelah lebih 2 tahun tiada kehadiran “Duta Jalanan Hot FM” di lapangan, kini Hot FM Zoomerz kembali untuk mendekati pendengar setia Hot FM. Hot FM Zoomerz dikenali oleh pendengar dengan pemberian pelbagai barangan eksklusif Hot FM, produk pensampelan daripada klien serta melakukan interaksi dengan pendengar di lokasi terpilih. Hot FM Zoomerz ditubuhkan kembali adalah disebabkan permintaan yang tinggi daripada rakan kongsi dan klien yang menginginkan aktiviti lapangan dilakukan dan terdapat lebih banyak lagi program dan acara yang melibatkan Hot FM Zoomerz akan dijalankan di masa akan datang.

Hot FM adalah hab hiburan dan informasi menerusi pengisian kandungan yang menarik, interaksi, penceritaan yang relevan kepada rakyat Malaysia, di samping gelak tawa yang menghiburkan serta memainkan muzik yang hangat dan terbaik. Hot FM menyasarkan pendengar berusia 18 tahun hingga 39 tahun bagi sasaran yang lebih luas, manakala lebih memberi fokus sasaran kepada pendengar berusia 24 tahun hingga 34 tahun.

Terus dengarkan Hot FM di mana saja anda berada kerana kami akan berikan pelbagai segmen menarik yang lebih segar setiap hari juga hiburan muzik yang hangat dan terbaik.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822. Hot FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Kenapa Khai Bahar Tak Beli Baju Raya?

Khai mengakui rezeki syawal nya pada tahun ini semakin murah.

Events Mon, 4 Jul 2022

Padah ‘Modified’ Nissan Skyline Jadi Kereta Polis, Peniaga Berdepan Tindakan Tegas

Alamak, kot ya pun janganlah kereta polis abang oiii…

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Iman Troye, Ariff Bahran, Layla Sania & 13 Artis Suntik Semangat Patriotik

Penyanyi Iman Troye, Ariff Bahran dan Layla Sania bersama 13 artis berbilang kaum yang lain menyuntik semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan menerusi lagu We Are One. Selain Iman, Bahran dan Layla, penyanyi lain yang sama-sama […]

Featured Wed, 7 Sep 2022

Elizabeth Tan Turut Diganggu Individu Berstatus Isteri Orang – “Macam-Macam Saya Terima”

Kesian Lizzy selalu kena ganggu dekat sosial media sendiri.. Tak ada rasa malu agaknya..

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

“Peminat Itu Menghina Bentuk Badan Saya Secara Terbuka” – Almy Nadia Bengang

Kenyataan yang dianggap sebagai memalukan itu kerana menggelarnya sebagai wanita hodoh dan gemuk

Trending Sat, 2 May 2020

Sekolah Tidak Akan Dibuka Isnin Ini- KPM

Buat yang bakal menduduki peperiksaan..